Perkhidmatan awam Lembah Kelang

Public, transport, Rapid, Monorail, KTMB, Kommuter, Teksi, Taxi, Bus, Local, e-hailing

Cari Blog Ini

Jumaat, 15 Februari 2019

Putrajaya Sentral - Stesen Intergrasi

2/15/2019 11:41:00 PG 0



Stesen Sentral Putrajaya

  • Park & Ride" turut menyediakan sejumlah hampir 2000 lot parkir untuk kemudahan pengguna.
  • Kios-kios makanan dan minuman juga turut disediakan. Kini terdapat lebih 20 kios-kios makanan ringan dan minuman
Terdapat juga perkhidmatan lain seperti perkhidmatan "KLIA Transit" dan bas di kawasan Putrajaya, kini perkhidmatan pengangkutan yang disediakan meliputi :-
  • KLIA Transit
  • Bas Putrajaya untuk kawasan Putrajaya dan Cyberjaya
  • Bas RApidKL
  • Metrobus
  • Syarikat Klang Banting
  • Bas Ekpress ke seluruh negara yang disediakan oleh :-
    1. Transnasional
    2. Mahligai
    3. Mutiara
    4. AB Ekspress
    5. Adik Beradik
    6. Mega Jaya
  • Perkhidmatan Teksi

Perkhidmatan Kios Daftar dan Bayaran


Kios Daftar masuk MAS (MALAYSIA AIRLINES)

Kios daftar masuk layan diri yang lebih mesra pengguna, membolehkan penumpang mendaftar masuk dengan lebih mudah dan menjimatkan masa. Pengguna hanya perlu merujuk tempahan tiket atau nombor e-tiket untuk melakukan daftar masuk di Putrajaya Sentral.

Kios Bayaran Parkir
Kios Tambah Nilai Kad Putra

Rabu, 21 Februari 2018

Bagaimana ke Putrajaya dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

2/21/2018 02:58:00 PTG 0
Bagaimana ke Putrajaya dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

1. Tren: 
KLIA Transit (ERL) tren ke Cyberjaya and Putrajaya. 
Bas ulang-alik dari stesen Cyberjaya dan Putrajaya ke seluruh Putrajaya dan Cyberjaya



2. Bas:
KTM Komuter (garisan Seremban) ke Stesen Serdang 
RapidKL bas U42 dari KTM Komuter Serdang ke Putrajaya Sentral.


Pengangkutan Awam Putrajaya Travel & Tours Sdn Bhd (PAPTT), anak syarikat Gets Global Bhd yang mengendalikan perkhidmatan bas Nadiputra.

Perlaksanaan transaksi tambang tanpa tunai yang melibatkan kesemua laluan bas Nadiputra merangkumi kawasan Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil, Serdang, Saujana Putra dan Kuala Lumpur akan berkuatkuasa sepenuhnya pada 15 Januari 2018.

Kesemua laluan bas Nadiputra kendalian PAPTT bagi laluan dalam atau luar Putrajaya akan dikendalikan 100% melalui Kad Putra. Ianya bertujuan mewujudkan transaksi 'cepat dan selamat' bagi pengguna Nadiputra khususnya.

Atau guna aplikasi https://moovitapp.com/?lang=ms
Bus online ticket http://my.busonlineticket.com/


PUTRAJAYA TERMINAL BUS SENTRAL
Terletak di Precinct 7, Putrajaya Sentral berfungsi sebagai hab pengangkutan bagi penduduk tempatan dan pelancong di Putrajaya. Terminal ini ialah hab utama untuk Nadi Putra dan Rapid KL. Beberapa bas Rapid KL menawarkan perkhidmatan ke terminal dan dihubungkan ke Putrajaya dengan KL (E1), Serdang (U42), Cyberjaya (U423) dan Bandar Utama-Puchong-Kelana Jaya (U43).

Transnasional dan Plusliner juga beberapa perkhidmatan bas jarak jauh yang beroperasi dari sini ke bandar-bandar terpilih seperti Kuantan, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Johor Bahru, Melaka, Ipoh, Alor Setar dan Pulau Pinang.

Alamat: Lebuh Perdana Barat, Presint 7, 63000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Perkhidmatan Transit Aliran Massa ( MRT )

2/21/2018 02:25:00 PTG 1
Transit Aliran Massa Lembah Klang

Selepas 60 tahun mencapai kemerdekaan, Malaysia melakar kemajuan pesat dengan pelaburan menjadi penggerak kepada pertumbuhan perniagaan yang lebih mampan dan memacu ke arah kemantapan ekonomi negara.



Pada 17 Julai 2017, Malaysia menyaksikan pelancaran bersejarah apabila satu lagi perkhidmatan pengangkutan awam siap dibina dengan pengenalan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) iaitu satu sistem pengangkutan rel yang menghubungkan Stesen Semantan ke Stesen Kajang.



MRT Laluan 1
Pelaksanaan perkhidmatan Transit Aliran Massa Laluan Sungai Buloh-Kajang (MRT SBK) memberi memanfaatkan penduduk setempat selain kebaikan kepada kawasan yang tidak mempunyai jajaran sistem berkenaan. Pembinaan MRT dapat mengurangkan kesesakan jalan raya sekali gus memudahkan dan melancarkan perjalanan selain menjimatkan masa penduduk setempat.

Pelancaran sistem pengangkutan awam moden, Transit Aliran Massa (MRT) Fasa Dua Laluan Sungai Buloh - Kajang (SBK) esok bakal mengubah landskap pengangkutan awam negara secara menyeluruh.



Tambang yang dikenakan bagi laluan MRT SBK ini sangat berpatutan bermula antara RM0.80 hingga RM6.40. Projek MRT Fasa Dua Laluan SBK menelan belanja sebanyak RM23 bi­lion, sejauh 51 kilometer terdiri daripada 19 stesen dan tujuh daripada­nya adalah stesen bawah tanah.

Perkhidmatan ini akan beroperasi mengikut kekerapan setiap 3.5 minit mempunyai empat gerabak dapat memuatkan seramai 1,200 penumpang bagi satu perjalanan dan menganggarkan sebanyak 400,000 penumpang sehari.

MRT Laluan 2
pelaksanaan MRT2 untuk link Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya. Laluan 2 ini akan memberi perkhidmatan kepada kira-kira 2 juta penduduk yang merangkumi koridor yang bermula dari Sungai Buloh melalui daerah pusat perdagangan ke Bandar Malaysia, Kuchai Lama, Serdang dan berakhir di Putrajaya. 



Laluan sepanjang 52.2km ini termasuk bahagian bawah tanah yang meliputi 13.5km antara Jalan Ipoh dan Kuchai Lama serta 38.7km jejambat. MRT Laluan 2 akan mempunyai 37 stesen, di mana 26 stesen bertingkat dan 11 stesen bawah tanah. Stesen-stesen ini termasuk Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, KLCC, Tun Razak Exchange, Kuchai Lama, Seri Kembangan dan Cyberjaya.

Fasa awal laluan antara Sungai Buloh dan Kampung Batu akan mula beroperasi pada bulan Julai 2021 dan laluan selebihnya dari Kampung Batu ke Putrajaya Sentral dijadualkan akan dibuka pada bulan Julai 2022

Link to MRT https://www.mymrt.com.my/

Empat plaza tol melibatkan tiga negeri dimansuhkan

2/21/2018 02:06:00 PTG 0
Kutipan di empat plaza tol melibatkan tiga negeri akan dimansuhkan berkuatkuasa 1 Januari 2018.
Pemansuhan tersebut meliputi Plaza Tol Batu Tiga di Shah Alam dan Plaza Tol Sungai Rasau bagi Selangor; Plaza Tol Bukit Kayu Hitam di Kedah dan Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) di Johor.



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman itu pada pembentangan Bajet 2018.Kadar tol yang dikenakan di Plaza Tol Batu Tiga dan Plaza Tol Sungai Rasau masing-masing bernilai RM1.10 dan RM1. – mstar

Kira-kira 270,000 penduduk sekitar Klang dan Shah Alam tidak perlu lagi membayar tol di Lebuhraya Persekutuan, bermula Jan 2018.



Sejak 15 November 1993, pengguna mula membayar RM0.50 untuk laluan Tol Sungai Rasau, dan RM0.60 bagi Tol Batu Tiga dan kini perlu membayar RM1 di Tol Sungai Rasau, serta RM1.10 di laluan Batu Tiga. Berikutan pemansuhan itu juga, operasi serta penyelenggaraan Lebuhraya Persekutuan diletakkan di bawah tanggungjawab Jabatan Kerja Raya dan diwartakan sebagai Jalan Persekutuan.

Pemansuhan itu membantu pengguna jalan raya Kelas 1 yang melalui Sungai Rasau berjimat dari RM92.40 hingga RM126 sebulan, manakala di Batu Tiga, dijangka boleh berjimat sebanyak RM48.40 hingga RM66 sebulan.

Perkhidmatan Uber dan Grabcar

2/21/2018 01:38:00 PTG 0
Di Malaysia, perkhidmatan Uber dan Grabcar meningkat secara mendadak. Ramai yang mengambil peluang ini dengan mendaftar dan memandu kemudian memperoleh pendapatan.Uber dan Grabcar semakin mendapat sambutan dalam negara. Malah ia semakin mendapat sokongan dan dokongan dari beberapa pihak berwajib. 


Kedua-dua perkhidmatan pengangkutan ini telahpun beroperasi di Malaysia. Ia merupakan sistem pengangkutan yang wujud di seluruh dunia dan semakin laris digunakan. Bukan sekadar perkhidmatanya yang efisyen kerana mampu ‘pick up’ penumpang di mana sahaja malah tambangnya yang jauh lebih murah berbanding teksi. Uber dan Grabcar memiliki sistem yang sama iaitu memerlukan aplikasi yang dimuat turun dan proses membayar pun sama iaitu sama ada tunai atau debit akaun.



Penetapan tambang bagi Uber berjalan seiring dengan masa dan jarak semasa penumpang. Manakalah Grabcar pula telah menetapkan harga tambang secara estimated sebelum perjalanan penumpang dimulakan. 




Uber dan Grabcar masing-masing punya kelebihan. Anda harus jadi pengguna yang bijak untuk perkhidmatan ini. Di masa yang sama, mengetahui beza Uber dan Grabcar sangat membantu agar anda dapat membuat pilihan dengat tepat.

Klik untuk ke web Grab https://www.grab.com/my

Applikasi phone google app https://play.google.com/store/apps/

Khamis, 1 Februari 2018

Bas Smart Selangor Free

2/01/2018 03:26:00 PTG 0
Untuk mempertingkatkan sistem pengangkutan di Negeri Selangor, pihak Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan perkhidmatan bas secara percuma kepada 3 Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor iaitu 

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 
Majlis Perbandaran Klang (MPK)


Memberikan perkhidmatan pengangkutan secara percuma sekaligus membantu menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam selain dapat meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan, perkhidmatan ini juga dapat membantu mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian yang boleh menyebabkan kesesakan lalulintas dan pencemaran alam sekitar.

Waktu operasi bas ini dari jam 6.00 pagi hingga 9.00 malam dengan kekerapan perjalanan adalah selama 15 minit untuk sampai ke setiap hentian.

Untuk makluman awam, Bas Selangorku akan melalui bangunan kerajaan iaitu Bangunan SUK, Seksyen 5 mengikut waktu tertentu sahaja iaitu bermula pada jam 6.30 pagi hingga 6.30 petang pada hari Isnin hingga Jumaat sahaja (hari bekerja). Manakala pada hari Sabtu dan Ahad pula, perkhidmatan Bas Selangorku tidak melalui laluan ke Bangunan SUK, Seksyen 5.


Laluan MPS2 yang bermula dari Tesco Rawang antara lain melalui ;

Rumah PKNS BT 16, 
Taman Kanching, 
Taman Tun Teja, 
Pangsapuri Beringin, 
Surau Al-Radhiah, 
KTM Rawang, 
Mydin Rawang 
dan Terminal Bas dan Teksi Rawang.


Ia beroperasi dengan empat bas seawal jam 6 pagi sehingga jam 10 malam dan dilengkapi kemudahan Wifi, Kamera Litar Tertutup (CCTV), Passanger Information System (PIS) serta mesra Orang Kelainan Upaya (OKU).

Maklumat perjalanan dan destinasi boleh rujuk web http://ipr.selangor.gov.my/khidmat-bas-selangorku-percuma/

Laluan Transit Mass Rapid pertama di negara ini; Sungai Buloh - Kajang

2/01/2018 03:08:00 PTG 0
MRT SBK Line mengintegrasikan 7 lokasi / stesen dengan talian kereta api sedia ada dan 16 stesen yang dilengkapi kemudahan taman & naik. Barisan ini menghubungkan anda ke Sungai Buloh (barat laut KL) dan Kajang (tenggara KL) melalui laluan sejauh 51 km. Ia terdiri daripada 41.5 km penunjuk jalan dengan 24 stesen dan segmen terowong 9.5 km dengan 7 stesen bawah tanah.




Operasi kereta api MRT SBK Line sepenuhnya automatik dan dikendalikan dari Pusat Kawalan Operasi (OCC) di Depoh Sungai Buloh dan Pusat Kawalan Cadangan (BCC) di Depot Kajang.




Seluruh laluan MRT SBK siap sepenuhnya untuk penumpang menjelang Julai 2017. Fasa 1 MRT SBK Line akan membawa anda dari Sungai Buloh (stesen 1) ke Semantan ( stesen 12), pada anggaran masa perjalanan kira-kira 30 minit. Semua tren akan kembali ke Sungai Buloh di portal utara berhampiran stesen Semantan.

Fasa 2 garisan akan membawa anda dari Sungai Buloh (stesen 1) ke Kajang (stesen 31). Anggaran masa perjalanan adalah 86.3 minit. Semua tren akan beroperasi pada kekerapan 3.5 minit pada waktu puncak.

Lawat website https://www.myrapid.com.my/

Jumaat, 17 November 2017

JIMAT MINYAK BERSAMA BIO FUELPLUS HANYA RM1.25/g UNTUK 10LITER BAHANAPI

11/17/2017 05:56:00 PTG 0



Bahan 100% daripada kelapa sawit dan bebas pencemaran udara , dapat mengurangkan asap dan membantu dalam mengurangkan peningkatan suhu bumi!  Ya, begitulah inovasi yang sangat bagus dalam memelihara alam.


Dan ia juga bagus untuk prestasi enjin kereta.  Bagus juga untuk hayat enjin kereta.  Seperti kereta lama ditukar ke enjin baru!  

APA MANFAAT BOLEH UKURNYA?

Sekarang ini semua orang duk mengeluh pasal minyak naik harga.  Inilah masanya kita berjimat kerana bahan ini dapat memberi lebih kilometer untuk kenderaan anda.  Ya, kami sendiri sudah menggunakannya. Dan memang terbukti menjimatkan minyak.  Anak kakchah pun sudah guna untuk motorsikalnya.  Katanya jimat lebih daripada 30%!   Ya, kereta kami yang biasa minum banyak minyak itupun kakchah rasa dapat berjimat dalam 30 ke 40%. Penjimatannya  sesuai untuk semua jenis engin petrol/disel.  


CARA MENGGUNAKANNYA.  

Sangatlah mudah.  Beli dengan kami, kami akan ajar.

NAK TENGOK TESTIMONI?
klik di sini

HARGA?
Jangan bimbang, ia sangatlah jimat.  katalah anda isi 40 liter minyak.  perbelanjaan anda hanya RM5 untuk suplement minyak kereta ini.  Tetapi anda untung minyak sekurang-kurangnya  RM27.70  (ikut harga seliter semasa).  Jika ditolak modal rm5 (untuk modal bahan suplement minyak yang digunakan) anda mendapat untung RM22.70!

AGENT SELURUH MALAYSIA DIPERLUKAN wasap.my/60192830717

Disamping anda menjaga enjin kereta, prestasi enjin meningkat dan memelihara alam sekitar, anda dapat MENJIMATKAN WANG  anda.  Bukankah itu paling penting?