Perkhidmatan awam Lembah Kelang

Public, transport, Rapid, Monorail, KTMB, Kommuter, Teksi, Taxi, Bus, Local, e-hailing

Cari Blog Ini

Isnin, 28 April 2008

Infrastruktur Awan Perlu Perhatian

PENGANGKUTAN merupakan sesuatu yang penting dalam perkembangan ekonomi sesebuah negara. Sama ada suka atau tidak kerajaan perlu mengkaji dan memberi penekanan yang wajar terhadapnya.

Mengikut sebuah laporan Bank Dunia, sekiranya pertumbuhan ekonomi Asia Timur mahu dikekalkan, negara-negara berkenaan perlu bersedia memperuntukkan lebih dari dua kali ganda perbelanjaan terhadap infrastruktur pengangkutan berbanding dengan infrastruktur telekomunikasi.
Langkah kerajaan kita menumpukan pembinaan infrastruk tur walaupun negara sedang dilanda kegawatan ekonomi seperti arahan yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad adalah suatu langkah yang tepat dan konstruktif.Bagaimanapun, banyak negara tidak meletakkan penekanan yang betul terhadapnya dan memberi peruntukan yang kecil ke arah pembangunannya dan pada lazimnya keutamaan terhadapnya adalah rendah.

Ramai pakar pengangkutan terutamanya yang mengkaji masalah pengangkutan di bandar menyetujui bahawa penggunaan perkhidmatan awam mesti di pertingkatkan sekiranya suatu sistem pengangkutan yang baik ingin direalisasikan. Menyedari hakikat ini Perth misalnya, menawarkan perkhidmatan bas awam percuma kepada pengguna-penggunanya di kawasan pusat bandar (Central Business District).

Free Transit Zone (FTZ) In Perth

The Free Transit Zone or FTZ (for buses) and the SmartRider Free Transit Zone (for trains) operates within the Perth city boundaries. Passengers can travel within it on any bus or train* for free, as often as they want. Look for this logo on bus stops to identify the FTZ boundaries.


Malaysia, khususnya Kuala Lumpur baharu sahaja melangkah ke arah menyediakan pengangkutan awam yang bersepadu. Justeru, bila diperkatakan tentang pengangkutan awam maka ia lebih menjuruskan kepada perkhidmatan bas dan teksi.

Pengurusan perkhidmatan bas awam di Kuala Lumpur memerlukan bukan sahaja komitmen yang tinggi tetapi juga visi dalam menentukan tercapainya misi kerajaan. Kepekaan terhadap apa yang terdapat ditempat-tempat lain telah mencetuskan idea untuk memulakan perkhidmatan bas yang sekarang digunakan di negara-negara lain seperti Hong Kong dan Paris yang di Kuala Lumpur diberi gelaran 'canggih'. Ke arah pemodenan inilah maka diperkenalkan bas-bas yang mempunyai beberapa ciri seperti enjin yang mengeluarkan asap yang rendah (Euro 1/Euro 2 Engine) dan mempunyai suspensi udara serta tranmisi otomatik. Ia mesti memberi keselesaan atau apa yang dinamakan 'sahabat pengguna' (user friendly) seperti berhawa dingin dan berlantai rendah untuk memudahkan penumpang terutama orang-orang tua menaikinya. Inilah jenis bas yang digunakan di bandar-bandar besar di masa kini walaupun harganya agak tinggi.

Dengan strategi dan komitmen serta kesungguhan semua pihak melaksanakan dasar yang betul kejayaan sudah pasti dapat dicapai. Untuk menyediakan suatu sistem pengangkutan awam yang bertaraf dunia memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Dalam indsutri bas misalnya jarang yang mengendalikannya mendapat keuntungan kecuali diberi subsidi oleh pihak berkuasa. Penetapan harga tambang mesti mempunyai hubung kait yang rapat dengan kos pengendalian.
Kita perlu memahami dasar asas yang amat penting bahawa perkhidmatan yang sewajarnya mesti diberi mengikut permintaan yang berkesan yakni perkhidmatan yang disokong dengan kesanggupan pihak pengguna membayar secukupnya bagi menemui kos. Seandainya perkara ini tidak menjadi perhitungan maka syarikat yang mengendalikannya akan menemui kerugian yang tidak tertanggung sehingga terpaksa memberhentikan operasinya.

Pengguna sering menimbulkan beberapa persoalan dan kritikan seperti tidak cukup bas, terpaksa tunggu lama dan sebagainya yang banyak diperkatakan sekarang. Perkara-perkara yang ditimbulkan ini sebenarnya berhubung kait dengan keadaan sebenar mengenai masalah pengangkutan awam yang dihadapi sekarang ini. Tidak cukup bas atau terpaksa menunggu lama misalnya, ialah kerana kelambatan bas-bas sampai sama ada ke tempat dituju atau ke tempat bermula kerana kesesakan yang luar biasa atau sangat buruk.

dipetik daripada Pengangkutan awam - Utusan Malaysia, Rabu, 5.8.98

Tiada ulasan: