Perkhidmatan awam Lembah Kelang

Public, transport, Rapid, Monorail, KTMB, Kommuter, Teksi, Taxi, Bus, Local, e-hailing

Cari Blog Ini

Jumaat, 25 Oktober 2013

Putrajaya International Islamic Arts and Culture Festival 2013

Perbadanan Putrajaya akan menganjurkan Putrajaya International Islamic Arts and Culture Festival 2013 di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya mulai 1-10 November 2013, bermula pada jam 10.00 pagi sehingga jam 10.00 malam.




Dimaklumkan bahawa penutupan jalan akan dilakukan oleh pihak PPj secara berperingkat mulai 25 Oktober 2013 (Jumaat) mulai jam 7.00 malam sehingga 31 Oktober 2011 (Khamis) jam 12.00 tengah malam bagi laluan persimpangan lampu isyarat dari WISMA TANI sehingga lampu isyarat JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN), Presint 3 (laluan menghala ke Dataran Putra). Penutupan jalan ini adalah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja logistik oleh pihak kontraktor yang dilantik. Pihak Y. Bhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan adalah dinasihatkan agar dapat mematuhi arahan lalu lintas di kawasan tersebut atau menggunakan laluan alternatif untuk mengelakkan sebarang kesulitan.



Untuk maklumat lanjut sila hubungi Encik Khairul Faizi Mohd Khorish di talian 03-8887 7276 atau e-mel kfaizi@ppj.gov.my untuk sebarang pertanyaan/ maklumat lanjut.

Maklumat lanjut mengenai acara ini sila layari www.ppj.gov.my atau www.facebook.com/putrajaya




Tiada ulasan: