Perkhidmatan awam Lembah Kelang

Public, transport, Rapid, Monorail, KTMB, Kommuter, Teksi, Taxi, Bus, Local, e-hailing

Cari Blog Ini

Jumaat, 26 Mei 2023

Damansara-Shah Alam Elevated Expressway (DASH)

Bermula dari Puncak Perdana Shah Alam (jalan menghala ke puncak alam) dan berakhir di Persimpangan Penchala dapat mengurangkan masa perjalanan dari mula hingga akhir sebanyak 30 minit daripada 90 minit ini akan menjimatkan masa 60 minit melalui jalan sedia ada.

DASH jarak perjalanan sejauh 20.1 km dengan 13 interchanges iaitu Puncak Perdana, Alam Suria, Denai Alam, Kampung Melayu Subang, Pinggiran Subang, Subang Dua, Subang Airport, RRIM (Kwasa Damansara), Surian, Seksyen 5 Kota Damansara, Sunway Damansara, Damansara Perdana dan Penchala.

DASH, yang dibina 90 peratus pada paras tinggi dan hanay 10 peratus di atas tanah, menelan belanja RM4.2 bilion. Pembinaan bermula pada Ogos 2016 dan siap pada September 2022. Menghubungkan bahagian barat dan timur Lembah Klang, ia menjangkau 20.1km perjalanan dan mempunyai panjang efektif 55.4km apabila dikira bersama persimpangannya.

Tujuan utama pembinaan lebuhraya DASH adalah untuk mengurangkan kesesakan di beberapa tempat seperti Persiaran Mokhtar Dahari (39 peratus), Jalan Sungai Buloh (33 peratus) dan Persiaran Surian (43 peratus) lebuhraya ini dijangka boleh mengurangkan kesesakan di kawasan seperti Kwasa Damansara, Elmina, dan juga sepanjang Shah Alam ke Damansara. 

Lebuhraya DASH ini turut akan menghubungkan beberapa lebuhraya utama lain di Lembah Klang seperti: 

  1. Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
  2. Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
  3. Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT) dengan persimpangan Penchala Link.





Tiada ulasan: