Perkhidmatan awam Lembah Kelang

Public, transport, Rapid, Monorail, KTMB, Kommuter, Teksi, Taxi, Bus, Local, e-hailing

Cari Blog Ini

Khamis, 1 Jun 2023

KEMUDAHAN LALUAN KE PUTRAJAYA DENGAN MRT/LRT

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memaklumkan, perkhidmatan dari stesen kawasan Damansara ke Putrajaya Sentral, yang dikendalikan anak syarikat Prasarana, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menggunakan 49 tren empat gerabak, yang berkapasiti 1,200 orang.

Kemudahan letak kenderaan selesa disediakan di Stesen MRT kawasan Damansara, Sungai Buloh, Sri Damansara Barat, Sri Damansara Sentral, Sri Damansara Timur, Metro Prima, Jinjang, Kentonmen, Kuchai, Taman Naga Emas, Serdang Raya Utara, UPM, Taman Equine, Cyberjaya Utara dan Putrajaya Sentral.

MRT Corp turut menyediakan bas perantara ke stesen, mesin tiket layan diri, pusat perkhidmatan pelanggan, platform tengah, surau, lif, eskalator, tempat letak kereta dan tandas awam bagi kemudahan pengguna.

Dengan kemudahan pengangkutan itu, tempoh perjalanan dari Putrajaya Sentral ke Kwasa Damansara mengambil masa 84 minit, dengan kekerapan tren adalah lima minit pada waktu puncak dan 10 minit di luar waktu puncak.


Pelanggan boleh menikmati PFR15 dengan mendapatkan token perjalanan dari mana – mana kaunter LRT, MRT, Monorel dan BRT.

Token tersebut boleh digunakan di mana-mana stesen masuk atau/dan keluar yang melibatkan MRT Laluan Putrajaya untuk perjalanan sehala sahaja.

Ia mempunyai 36 stesen sepanjang 57.7km, termasuk 13.5km regangan bawah tanah meliputi sembilan stesen.

Terdapat sejumlah 10 stesen pertukaran dan penyambung, membolehkan penumpang bergerak dengan mudah ke laluan rel yang lain.

Pengguna digalakkan untuk mengikuti saluran media sosial Rapid KL atau memuat turun PULSE aplikasi untuk mendapatkan kemas kini terkini tentang kekerapan kereta api dan status perkhidmatan.

Sumber rujukan

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/03/1078175/mrt-laluan-putrajaya-fasa-2-mudahkan-ke-semua-destinasi

https://www.mymrt.com.my/ms/awam/laluan-putrajaya/

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/03/946208/perkhidmatan-mrt-laluan-putrajaya-percuma-hingga-31-mac-metrotv

Tiada ulasan: