Perkhidmatan awam Lembah Kelang

Public, transport, Rapid, Monorail, KTMB, Kommuter, Teksi, Taxi, Bus, Local, e-hailing

Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label hentian bas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hentian bas. Papar semua catatan

Jumaat, 4 Mac 2011

Hentian Bas Tasik Selatan

3/04/2011 03:23:00 PTG 0


KUALA LUMPUR 12 April 2009 - Masalah kesesakan bas ekspres di Hentian Puduraya di sini dijangka diatasi apabila Projek Terminal Pengangkutan Bersepadu di Bandar Tasik Selatan dan juga projek seumpamanya di Gombak siap hujung tahun depan 2010.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, kedua-dua projek kerajaan itu mampu menampung peningkatan perkhidmatan bas ekspres ketika ini.

Ini kerana, katanya, projek di Bandar Tasik Selatan itu dikhaskan kepada perjalanan bas ke negeri-negeri selatan manakala di Gombak membabitkan perjalanan ke utara.

''Kita percaya pelaksanaan kedua-dua projek itu akan mengurangkan kesesakan di Hentian Puduraya yang sekarang masih jadi tumpuan utama sedangkan ruangnya sempit dan terhad.

''Selagi kedua-dua projek terminal berkenaan belum siap, penumpang perlu faham masalah yang sedang dihadapi di Hentian Puduraya,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas aduan penumpang bas ekspres melalui ruangan Forum Utusan Malaysia baru-baru ini yang mendakwa ada pemandu pengangkutan awam itu yang memberhentikan bas hampir satu kilometer dari bangunan Hentian Puduraya.

Tindakan itu didakwa menyebabkan penumpang terpaksa berjalan jauh ke hentian berkenaan walaupun dalam cuaca panas atau hujan.

Mohamad Ashfar menjelaskan, sebelum ini PMBOA sendiri sering menerima aduan daripada penumpang bas ekspres berhubung masalah sama.