Perkhidmatan awam Lembah Kelang

Public, transport, Rapid, Monorail, KTMB, Kommuter, Teksi, Taxi, Bus, Local, e-hailing

Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label teksi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label teksi. Papar semua catatan

Ahad, 11 Jun 2023

Teksi dan e-hailing

6/11/2023 05:50:00 PTG 0
Teksi, Kereta Sewa, Teksi Mewah, Teksi Lapangan Terbang, Kereta Sewa dan Pandu, Kenderaan E-Hailing dan syarikat e-hailing

Di bawah ini senarai syarikat yang telah di lesenkan lemaskini pad 7 mei 2023 setakat ini terdapa 31 syarikat.



Untuk pengetahuan anda kini had usia penggunaan kenderaan teksi dan e-hailing di negara ini, dilanjutkan sehingga 15 tahun mulai April 2023. Perlanjutan terpakai bagi kenderaan dalam kelas lesen teksi dan e-hailing yang mencapai had usia maksimum dalam tempoh bermula 1 Januari 2023.

Bekas Ketua Bahagian Polisi dan Perancangan, Kumpulan Operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Wan Agyl Wan Hassan berkata, semasa tempoh awal industri itu beroperasi pada tahun 2015, jumlah pemandu perkhidmatan tersebut dianggarkan mencecah 400,000 orang.

Wan Agyl berkata, peraturan ditetapkan kerajaan ketika ini dilihat tidak menggalakkan penyertaan pemandu e-hailing baharu yang sebahagian besarnya mahu menjadikan pekerjaan tersebut sebagai profesion sambilan.

“E-hailing pada awalnya adalah platform untuk ekonomi gig. Ia adalah untuk pekerjaan sambilan sahaja. Ada masa, kereta dan lesen, anda boleh bawa tapi sekarang ini dia dah ada sepenuh masa dan sambilan.


Rujukan


Selasa, 10 Jun 2008

Rayu bina hentian teksi

6/10/2008 07:02:00 PTG 0
“Setiap hari kami berdepan situasi ibarat tikus dan kucing kerana bila penguat kuasa datang, kami kena lari. Tetapi demi keluarga, kami perlu melakukannya,” kata Haruun Mat Diah, 46, mengenai nasib pemandu teksi berdepan risiko disaman setiap hari oleh pihak berkuasa.

Haruun yang menetap di Puchong, berkata mereka berdepan risiko itu berikutan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp), tidak menyediakan kemudahan hentian teksi di kawasan tumpuan pengguna seperti di depan Universiti LimKokWing dan Universiti Multimedia Malaysia.

“Kira-kira 70 pemandu teksi di sini terpaksa beredar dari kawasan berkenaan apabila penguat kuasa Majlis Perbandaran Sepang (MPSp), polis dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) melakukan pemeriksaan kerana jika tak kami akan disaman.

“Mereka (MPSp), hanya menyediakan hentian teksi di Street Mall, tetapi tiada hentian teksi dibina di tempat lain sedangkan permintaan menggunakan teksi amat tinggi di sini khususnya di kalangan pelajar dan pekerja,” katanya.

Menurutnya, sebagai pemandu teksi, mereka sudah pasti memberi tumpuan di kedua-dua kawasan itu, tetapi berdepan masalah meletakkan teksi mereka sementara menanti penumpang.

Katanya, sama ada mahu atau tak, pemandu teksi terpaksa meletakkan teksi di tepi jalan kerana tiada tempat khusus berbuat demikian.

“Tetapi, masalahnya apabila kami berbuat begitu, pihak berkuasa menyaman kami,” katanya.

Seorang lagi pemandu teksi yang beroperasi di Cyberjaya, C Paramjothy, 44, juga dari Puchong, berkata dia sudah tiga kali disaman sejak awal tahun ini apabila beroperasi di kawasan berkenaan.

“Sebagai pemandu teksi, pendapatan kami bukannya tinggi sangat dan jika selalu disaman, apa yang tinggal untuk kami menyara keluarga,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Koperasi Pengangkutan Awam Putrajaya Berhad, Mohd Salleh Mat Zin berkata, pihaknya merayu MPSp menyediakan kemudahan hentian teksi di kawasan tumpuan di Cyberjaya.

“Kami sudah membuat permohonan kepada mereka menyediakan hentian teksi di beberapa kawasan seperti di depan Universiti Lim Kok Wing dan Universiti Multimedia Malaysia, tetapi hingga kini mereka (MPSp), belum memberi sebarang keputusan.

“Di kedua-dua kawasan ini saja terdapat kira-kira 20,000 pelajar, manakala terdapat lebih 30,000 penduduk di Cyberjaya yang memerlukan perkhidmatan awam,” katanya.