Perkhidmatan awam Lembah Kelang

Public, transport, Rapid, Monorail, KTMB, Kommuter, Teksi, Taxi, Bus, Local, e-hailing

Cari Blog Ini

Sabtu, 27 Mei 2023

PERKHIDMATNAN BAS RAPID PERJALANAN DALAM BANDAR KAD DAN TIKET ONLINE

5/27/2023 12:35:00 PTG 0

Pengendali bas di Malaysia yang beroperasi terutamanya di kawasan bandar Lembah Klang, Pulau Pinang & Kuantan. Sehingga Februari 2023, unit jenama perkhidmatan Rapid KL Rapid Bus, telah mengendalikan 113 laluan biasa dan juga 69 laluan Bas Pengantara MRT, bersama-sama dengan 8 laluan Nadiputra di Putrajaya.

Terkini Rapid KL mempunyai 214 laluan-laluan Bas di Kuala Lumpur dengan 4965 hentian-hentian Bas . Laluan tersebut meliputi kawasan dari Seksyen 10 Bandar Baru Puncak Alam hentian pada Kampung Ulu Lui (KJ122) hentian dan dari Hospital Orang Asli Gombak (Utara) (Sl125) ke hentian Sekolah Kebangsaan Beranang (KJ599).

Untuk melihat peta laluan perjalanan bas dan waktu anda boleh klik di link di bawah

https://moovitapp.com/index/ms/pengangkutan_awam-lines-Kuala_Lumpur-1082-1775731 

Untuk makluman perkhidmatan Rapid KL, sila semak Moovit untuk maklumat terkini bas, kelewatan bas, perubahan laluan perkhidmatan bas, atau perubahan hentian-hentian dan lain-lain.

Terdapat beberapa kelebihan kepada anda sebagai pengguna kepada perkhidmatan RAPID seperti di bawah ini.

  1. Kad Konsesi
  2. Pas Perjalanan Tanpa Had My50
  3. MyCity Pass

Kad Konsesi

Diskaun tambang 50% pada kadar tunai untuk setiap perjalanan dengan perkhidmatan Bas Rapid KL, BRT, LRT, Monorel dan MRT.

Pemegang Kad Konsesi menikmati potongan 50% daripada harga tambang dewasa apabila mereka menaiki bas pengantara LRT, Monorel, BRT, MRT, RapidKL dan MRT.

Kad ini dikeluarkan dengan harga kad RM 5.00 dan nilai simpanan awal RM 10.00, berjumlah RM 15.00 yang diperlukan semasa permohonan dan ditanggung oleh pelanggan. Untuk tambah nilai seterusnya, penumpang boleh melakukannya di semua RapidKL BRT, LRT, Monorel, stesen MRT, TNG SPOT dan mana-mana TNG Reload Point.

Waktu operasi – Isnin hingga Jumaat: (9 pagi hingga 4 petang)

Catatan: Pendaftaran kad konsesi ditutup pada jam 4 petang setiap hari

Anda kini boleh memohon Kad Konsesi MyRapid secara dalam talian klik link di bawah

https://myrapid.com.my/concession-card-registration/?concession_form=senior/

Pas Perjalanan Tanpa Had My50

Pas perjalanan tanpa had yang menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had di Rapid KL LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL dan perkhidmatan bas pengantara MRT di Lembah Klang.

My50 Mutiara Pass menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had kepada semua rakyat Malaysia bagi perkhidmatan bas Rapid Penang.

Di Kuantan, My50 tidak tersedia untuk perkhidmatan seperti ini.

Anda boleh dapatkan di Pejabat Khidmat Pelanggan Rapid KL di semua stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT juga Hab bas terpilih seperti di 

  1. Pasar Seni, 
  2. Chow Kit, 
  3. KLCC, 
  4. Sri Nilam, 
  5. Puchong Utama, 
  6. Pearl Point, 
  7. Sunway Pyramid, 
  8. Greenwood, 
  9. Seksyen 2 Shah Alam

MYCity Pass
Pas perjalanan yang menawarkan hanya kepada rakyat Malaysia perjalanan tanpa had di Rapid KL (LRT/ MRT/ Monorel) dan rangkaian BRT selama 1 hari 3 hari. MyCity Pass adalah berdasarkan kiraan kitaran hari, anda boleh membeli pada bila-bila masa sepanjang bulan.

Pas 1 Hari MyCity:
Pembelian kali pertama: RM 15.00 termasuk nilai dompet RM5 dalam kad Touch N 'Go dan harga kad RM5. Nilai dompet minimum RM5 diperlukan untuk menggunakan Pas 1 Hari.

Pas 3 Hari MyCity:
Pembelian kali pertama: RM 25.00 nilai dompet RM5 termasuk dalam kad Touch N 'Go dan harga kad RM5. Nilai dompet minimum RM5 diperlukan untuk menggunakan Pas 3 Hari.



Jumaat, 26 Mei 2023

Damansara-Shah Alam Elevated Expressway (DASH)

5/26/2023 10:00:00 PTG 0

Bermula dari Puncak Perdana Shah Alam (jalan menghala ke puncak alam) dan berakhir di Persimpangan Penchala dapat mengurangkan masa perjalanan dari mula hingga akhir sebanyak 30 minit daripada 90 minit ini akan menjimatkan masa 60 minit melalui jalan sedia ada.

DASH jarak perjalanan sejauh 20.1 km dengan 13 interchanges iaitu Puncak Perdana, Alam Suria, Denai Alam, Kampung Melayu Subang, Pinggiran Subang, Subang Dua, Subang Airport, RRIM (Kwasa Damansara), Surian, Seksyen 5 Kota Damansara, Sunway Damansara, Damansara Perdana dan Penchala.

DASH, yang dibina 90 peratus pada paras tinggi dan hanay 10 peratus di atas tanah, menelan belanja RM4.2 bilion. Pembinaan bermula pada Ogos 2016 dan siap pada September 2022. Menghubungkan bahagian barat dan timur Lembah Klang, ia menjangkau 20.1km perjalanan dan mempunyai panjang efektif 55.4km apabila dikira bersama persimpangannya.

Tujuan utama pembinaan lebuhraya DASH adalah untuk mengurangkan kesesakan di beberapa tempat seperti Persiaran Mokhtar Dahari (39 peratus), Jalan Sungai Buloh (33 peratus) dan Persiaran Surian (43 peratus) lebuhraya ini dijangka boleh mengurangkan kesesakan di kawasan seperti Kwasa Damansara, Elmina, dan juga sepanjang Shah Alam ke Damansara. 

Lebuhraya DASH ini turut akan menghubungkan beberapa lebuhraya utama lain di Lembah Klang seperti: 

  1. Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
  2. Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
  3. Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT) dengan persimpangan Penchala Link.





Sungai Besi–Ulu Kelang Elevated Expressway (SUKE)

5/26/2023 09:44:00 PTG 0

Lebuh raya baharu yang mewakili lebuh raya bandar generasi akan datang yang menampilkan reka bentuk tanjakan helicoidal pertama dan jambatan galang kotak bersegmen bertingkat tertinggi pada 56.4m bersama-sama dengan 40 CCTV dan 22 Sistem Pengesanan Insiden Kenderaan disediakan untuk memantau keseluruhan lebuh raya.

SUKE yang bermula di persimpangan Sri Petaling, menjangkau 24.4km untuk menyediakan pengguna jalan raya lebih banyak laluan berubah-ubah untuk perjalanan dalam bandar. Trafik akan bersurai melalui persimpangan SUKE 14; Sri Petaling, Sungai Besi, Alam Damai, Cheras-Kajang, Cheras Hartamas, Bukit Teratai, Tasik Tambahan, Permai, Kosas, Pekan Ampang, Ampang Point, Ulu Kelang, Hillview dan Bukit Antarabangsa.


Majlis pelancaran pembukaan Fasa 1 Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya Kanan YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof pada 15 September 2022 di Plaza Tol Bukit Teratai.

SUKE menghubungkan lebuh raya berikut

• Lebuhraya Shah Alam (KESAS)

• Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban (KL-Seremban)

• Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)

• Lebuhraya Cheras-Kajang (CKE)

• Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2)

• Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)

• Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE)

• Lebuhraya Timur Lembah Klang (EKVE) (dalam pembinaan) akan datang.

Anda boleh melihat melalui google map di link berikut https://www.google.com/maps/d/viewer?mid=1vCPSstvoeAhj0KRfgkz-MRREU30&hl=en&ll=3.124200342105335%2C101.73385999999998&z=13

Rabu, 1 Jun 2022

Bas koc Wanita 2022

6/01/2022 02:16:00 PTG 0

 Percubaan bas koc wanita bermula 2022


Unit Media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan berkata, lima laluan dan penjadualan bas telah dikenal pasti seperti dalam tempoh percubaan. Menurutnya, papan tanda koc wanita atau ' ladies coach' akan diletakkan pada cermin hadapan bas dan skrin layar bagi memudahkan orang awam mengenal pasti bas tersebut.

Koc Wanita iaitu khusus untuk penumpang wanita kini disediakan terutama pada waktu puncak demi keselesaan kaum hawa mulai 7 Mac 2022 (Isnin).


Jelas kenyataan itu lagi, penambahbaikan perkhidmatan terbabit bertujuan memberikan keselesaan kepada pengguna khususnya kepada kaum wanita. "Pada masa sama, kadar pelepasan karbon di bandar raya ini akan dapat dikurangkan dengan pengurangan kadar kenderaan di dalam bandar," katanya.

Artikel penuh rujuk

Jumaat, 18 September 2020

KTM Komuter Skypark Link mudah dari KL Sentral tapi tergendala

9/18/2020 09:14:00 PTG 0

Rangkaian KTM Komuter terdiri daripada KTM Komuter - Laluan Pelabuhan Klang,  Laluan Seremban dan KTM Komuter - Skypark Link baharu yang diperkenalkan pada 2018.

KTM Komuter KTM Komuter - Pelabuhan Klang 

Laluan Pelabuhan Klang meliputi 131km landasan kereta api dengan 34 stesen. Laluan Pelabuhan Klang ini bermula di antara KA15 Tanjung Malim dan KD19 Pelabuhan Klang (Pelabuhan Klang).

KTM Komuter KTM Komuter - Seremban Line 

Seremban Line meliputi 135 km landasan kereta api dengan 26 stesen. The Seremban Line bermula daripada KC05 Batu Caves dan berakhir KB17 Tampin / Pulau Sebang.

KTM Komuter - Skypark Link 

Skypark Link ialah perkhidmatan kereta api yang mudah, menjimatkan masa dan berpatutan yang menghubungkan anda dari stesen KA01 KL Sentral KTM, ke stesen KTM KD09 KS02 Subang Jaya, dan akhirnya ke stesen KS03 Terminal Skypark berhampiran dengan Subang Skypark Terminal.

Terdapat 2 laluan utama , pertama laluan KL Sentral – Skypark Terminal dengan jarak perjalanan 26km dan kedua laluan Subang Jaya – Skypark Terminal dengan jarak perjalanan 9km.

Sebagai perkhidmatan rangkaian kereta api lapangan terbang kedua, peta laluan Skypark Link mengangkut penumpang dari KL Sentral ke Lapangan Terbang Subang.

Tiket perjalanan dari 

KL Sentral ke Skypark Subang Jaya
Dewasa
cash- rm11.00
cashless - rm10.00

KL Sentral ke Subang Jaya
cash - rm5.00
cashless - rm4.50

Subang Jaya ke Skypark
cash - rm5.00
cashless - rm4.50 

Waktu Perkhidmatan bermula 

dari KL Sentral
5.55 am berakhir 19.25

dari Skypark
6.32 am berakhir 20.02




Nota Tambahan

  1. Perjalanan percuma untuk kanak-kanak di bawah dua (2) tahun
  2. Pelajar sekolah menengah dan pelajar IPT dikehendaki mendaftar di www.ktmb.com.my
  3. Pas bulanan hanya tersedia untuk tambang Dewasa
Maklumat lanjut perjalanan klik link https://www.ktmb.com.my/TrainTime.html

PADA KETIKA INFO INI DI POS TERDAPAT BEBERAPA KESULITAN YANG DI ALAMI OLEH PIHAK PENGENDALI IAITU KTM DAN PERKHIDMATAN MASIH DI HENTIKAN SEHINGGA DI BERITAHU KELAK

KLIK LINK DI ATAS UNTUK STATUS PERKHIDMATAN DI GOOGLE MAPS


Jumaat, 15 Februari 2019

Putrajaya Sentral - Stesen Intergrasi

2/15/2019 11:41:00 PG 0



Stesen Sentral Putrajaya

  • Park & Ride" turut menyediakan sejumlah hampir 2000 lot parkir untuk kemudahan pengguna.
  • Kios-kios makanan dan minuman juga turut disediakan. Kini terdapat lebih 20 kios-kios makanan ringan dan minuman
Terdapat juga perkhidmatan lain seperti perkhidmatan "KLIA Transit" dan bas di kawasan Putrajaya, kini perkhidmatan pengangkutan yang disediakan meliputi :-
  • KLIA Transit
  • Bas Putrajaya untuk kawasan Putrajaya dan Cyberjaya
  • Bas RApidKL
  • Metrobus
  • Syarikat Klang Banting
  • Bas Ekpress ke seluruh negara yang disediakan oleh :-
    1. Transnasional
    2. Mahligai
    3. Mutiara
    4. AB Ekspress
    5. Adik Beradik
    6. Mega Jaya
  • Perkhidmatan Teksi

Perkhidmatan Kios Daftar dan Bayaran


Kios Daftar masuk MAS (MALAYSIA AIRLINES)

Kios daftar masuk layan diri yang lebih mesra pengguna, membolehkan penumpang mendaftar masuk dengan lebih mudah dan menjimatkan masa. Pengguna hanya perlu merujuk tempahan tiket atau nombor e-tiket untuk melakukan daftar masuk di Putrajaya Sentral.

Kios Bayaran Parkir
Kios Tambah Nilai Kad Putra

Rabu, 21 Februari 2018

Bagaimana ke Putrajaya dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

2/21/2018 02:58:00 PTG 0
Bagaimana ke Putrajaya dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

1. Tren: 
KLIA Transit (ERL) tren ke Cyberjaya and Putrajaya. 
Bas ulang-alik dari stesen Cyberjaya dan Putrajaya ke seluruh Putrajaya dan Cyberjaya



2. Bas:
KTM Komuter (garisan Seremban) ke Stesen Serdang 
RapidKL bas U42 dari KTM Komuter Serdang ke Putrajaya Sentral.


Pengangkutan Awam Putrajaya Travel & Tours Sdn Bhd (PAPTT), anak syarikat Gets Global Bhd yang mengendalikan perkhidmatan bas Nadiputra.

Perlaksanaan transaksi tambang tanpa tunai yang melibatkan kesemua laluan bas Nadiputra merangkumi kawasan Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil, Serdang, Saujana Putra dan Kuala Lumpur akan berkuatkuasa sepenuhnya pada 15 Januari 2018.

Kesemua laluan bas Nadiputra kendalian PAPTT bagi laluan dalam atau luar Putrajaya akan dikendalikan 100% melalui Kad Putra. Ianya bertujuan mewujudkan transaksi 'cepat dan selamat' bagi pengguna Nadiputra khususnya.

Atau guna aplikasi https://moovitapp.com/?lang=ms
Bus online ticket http://my.busonlineticket.com/


PUTRAJAYA TERMINAL BUS SENTRAL
Terletak di Precinct 7, Putrajaya Sentral berfungsi sebagai hab pengangkutan bagi penduduk tempatan dan pelancong di Putrajaya. Terminal ini ialah hab utama untuk Nadi Putra dan Rapid KL. Beberapa bas Rapid KL menawarkan perkhidmatan ke terminal dan dihubungkan ke Putrajaya dengan KL (E1), Serdang (U42), Cyberjaya (U423) dan Bandar Utama-Puchong-Kelana Jaya (U43).

Transnasional dan Plusliner juga beberapa perkhidmatan bas jarak jauh yang beroperasi dari sini ke bandar-bandar terpilih seperti Kuantan, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Johor Bahru, Melaka, Ipoh, Alor Setar dan Pulau Pinang.

Alamat: Lebuh Perdana Barat, Presint 7, 63000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Perkhidmatan Transit Aliran Massa ( MRT )

2/21/2018 02:25:00 PTG 1
Transit Aliran Massa Lembah Klang

Selepas 60 tahun mencapai kemerdekaan, Malaysia melakar kemajuan pesat dengan pelaburan menjadi penggerak kepada pertumbuhan perniagaan yang lebih mampan dan memacu ke arah kemantapan ekonomi negara.



Pada 17 Julai 2017, Malaysia menyaksikan pelancaran bersejarah apabila satu lagi perkhidmatan pengangkutan awam siap dibina dengan pengenalan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) iaitu satu sistem pengangkutan rel yang menghubungkan Stesen Semantan ke Stesen Kajang.



MRT Laluan 1
Pelaksanaan perkhidmatan Transit Aliran Massa Laluan Sungai Buloh-Kajang (MRT SBK) memberi memanfaatkan penduduk setempat selain kebaikan kepada kawasan yang tidak mempunyai jajaran sistem berkenaan. Pembinaan MRT dapat mengurangkan kesesakan jalan raya sekali gus memudahkan dan melancarkan perjalanan selain menjimatkan masa penduduk setempat.

Pelancaran sistem pengangkutan awam moden, Transit Aliran Massa (MRT) Fasa Dua Laluan Sungai Buloh - Kajang (SBK) esok bakal mengubah landskap pengangkutan awam negara secara menyeluruh.



Tambang yang dikenakan bagi laluan MRT SBK ini sangat berpatutan bermula antara RM0.80 hingga RM6.40. Projek MRT Fasa Dua Laluan SBK menelan belanja sebanyak RM23 bi­lion, sejauh 51 kilometer terdiri daripada 19 stesen dan tujuh daripada­nya adalah stesen bawah tanah.

Perkhidmatan ini akan beroperasi mengikut kekerapan setiap 3.5 minit mempunyai empat gerabak dapat memuatkan seramai 1,200 penumpang bagi satu perjalanan dan menganggarkan sebanyak 400,000 penumpang sehari.

MRT Laluan 2
pelaksanaan MRT2 untuk link Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya. Laluan 2 ini akan memberi perkhidmatan kepada kira-kira 2 juta penduduk yang merangkumi koridor yang bermula dari Sungai Buloh melalui daerah pusat perdagangan ke Bandar Malaysia, Kuchai Lama, Serdang dan berakhir di Putrajaya. 



Laluan sepanjang 52.2km ini termasuk bahagian bawah tanah yang meliputi 13.5km antara Jalan Ipoh dan Kuchai Lama serta 38.7km jejambat. MRT Laluan 2 akan mempunyai 37 stesen, di mana 26 stesen bertingkat dan 11 stesen bawah tanah. Stesen-stesen ini termasuk Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, KLCC, Tun Razak Exchange, Kuchai Lama, Seri Kembangan dan Cyberjaya.

Fasa awal laluan antara Sungai Buloh dan Kampung Batu akan mula beroperasi pada bulan Julai 2021 dan laluan selebihnya dari Kampung Batu ke Putrajaya Sentral dijadualkan akan dibuka pada bulan Julai 2022

Link to MRT https://www.mymrt.com.my/