Tren-tren ini direka bentuk oleh BMW Group DesignworksUSA dan dibina oleh pengeluar kereta
api terkenal Siemens AG.
Lima puluh lapan buah tren yang mengandungi empat gerabak akan dibeli, dengan setiap gerabak berkapasiti 300 orang penumpang. Tren akan bergerak dalam dua lingkaran, dengan frekuensi di kawasan luar selama 5 minit dan pusat bandar 3.5 minit. Ini membolehkan seramai 25,000 orang penumpang dibawa dalam setiap jam dalam satu arah.
Bagi membantu MRT Corp memastikan keselesaan yang berkualiti tinggi untuk penumpang, Siemens membina sebuah model tren bagi membolehkan MRT Corp menilai dan menjalankan kajian-kajian ergonomi setiap aspek reka bentuk.
Selain daripada ergonomi, MRT Corp juga akan menentukan lokasi susur tangan, kelengkapan dan bahan yang digunakan, kerana ia perlu tahan lama dan teguh untuk penggunaan lasak dan mudah diselenggarakan. Satu aplikasi realiti maya telah dipasang di Ibu Pejabat MRT Corp yang memberikan simulasi keadaan fizikal seorang “penumpang” di dalam tren.
Sg Buloh
Jejambat pertama bagi Laluan Sungai BulohKajang MRT Lembah Klang telah berjaya didirikan berdekatan Bandar Tun Hussein Onn. Bidang jejambat yang telah siap adalah di antara. Tiang 132 dan 133 dan terletak di dalam Pakej Kerja V6 projek tersebut ke bahagian utara Stesen Bandar Tun Hussein Onn di sepanjang Lebuh Raya Cheras Kajang (Grand Saga). Jejambat yang telah siap mempunyai bidang berukuran 39.8m, dengan kelebaran 9.8 meter bagi memenuhi trek berkembar MRT.
Jalan Surian Kota Damansara
Seri Sabah, Cheras
Pembinaan bidang pertama ini bermula pada awal bulan Jun dan siap dalam masa dua minggu. Bidang-bidang yang berikutnya akan mengambil masa lima hingga tujuh hari untuk disiapkan. Jejambat bertingkat, yang akan menempatkan trek untuk tren MRT, dibina menggunakan gantri pelancaran atau “launching gantry”. Gantri ini adalah struktur kekuda besi yang dipasang di atas dua tiang bersebelahan. Ia akan bergerak dari tiang ke tiang untuk membina jejambat.
Dengan siapnya bidang pertama projek ini, gantri pelancaran akan bergerak ke arah selatan bagi membina bidang yang seterusnya di antara Tiang 133 dan 134.
Sementara itu sebuah gantri pelancaran kedua,berdekatan Flat Sri Sabah di Cheras di bawah Pakej
Kerja V5 projek juga telah menjalankan ujian muatan dan telah memulakan pembinaan jejambat.
Lebih 17 buah gantri pelancaran akan digunakan untuk membina keseluruhan 41.5km bahagian
bertingkat Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang.
Jalan Reko, Kajang
Gantri-gantri ini akan berada di pelbagai lokasi.Keseluruhan jajaran bertingkat ini akan memerlukan lebih 17,000 unit SBG pelbagai saiz dan akan diletakkan di atas lebih 1,000 batang tiang.
Baca artikel penuh di http://www.mymrt.com.my/en/newsletter
Tiada ulasan:
Catat Ulasan