Rangkaian KTM Komuter terdiri daripada KTM Komuter - Laluan Pelabuhan Klang, Laluan Seremban dan KTM Komuter - Skypark Link baharu yang diperkenalkan pada 2018.
KTM Komuter KTM Komuter - Pelabuhan Klang
Laluan Pelabuhan Klang meliputi 131km landasan kereta api dengan 34 stesen. Laluan Pelabuhan Klang ini bermula di antara KA15 Tanjung Malim dan KD19 Pelabuhan Klang (Pelabuhan Klang).
KTM Komuter KTM Komuter - Seremban Line
Seremban Line meliputi 135 km landasan kereta api dengan 26 stesen. The Seremban Line bermula daripada KC05 Batu Caves dan berakhir KB17 Tampin / Pulau Sebang.
KTM Komuter - Skypark Link
Skypark Link ialah perkhidmatan kereta api yang mudah, menjimatkan masa dan berpatutan yang menghubungkan anda dari stesen KA01 KL Sentral KTM, ke stesen KTM KD09 KS02 Subang Jaya, dan akhirnya ke stesen KS03 Terminal Skypark berhampiran dengan Subang Skypark Terminal.
Terdapat 2 laluan utama , pertama laluan KL Sentral – Skypark Terminal dengan jarak perjalanan 26km dan kedua laluan Subang Jaya – Skypark Terminal dengan jarak perjalanan 9km.
Sebagai perkhidmatan rangkaian kereta api lapangan terbang kedua, peta laluan Skypark Link mengangkut penumpang dari KL Sentral ke Lapangan Terbang Subang.
Tiket perjalanan dari
KL Sentral ke Skypark Subang Jaya
Dewasa
cash- rm11.00
cashless - rm10.00
KL Sentral ke Subang Jaya
cash - rm5.00
cashless - rm4.50
Subang Jaya ke Skypark
cash - rm5.00
cashless - rm4.50
Waktu Perkhidmatan bermula
dari KL Sentral
5.55 am berakhir 19.25
dari Skypark
6.32 am berakhir 20.02
Nota Tambahan
- Perjalanan percuma untuk kanak-kanak di bawah dua (2) tahun
- Pelajar sekolah menengah dan pelajar IPT dikehendaki mendaftar di www.ktmb.com.my
- Pas bulanan hanya tersedia untuk tambang Dewasa