Search This Blog

Sunday, September 13, 2009

Membeli Tiket Untuk Pulang Berhari Raya Kini Lebih Mudah Dan Selamat Dengan KTMB@OnePay


Sebagai langkah memudahkan para pengguna yang memilih menggunakan perkhidmatan tren KTM Antarabandar untuk pulang ke kampung halaman terutama sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut pada bulan September kelak, KTM Berhad mengambil inisiatif memperkenalkan sistem pembelian tiket secara elektronik melalui KTMB@OnePay.

Melalui sitstem ini, semua pembelian tiket adalah menggunakan kad ATM dan resit yang dicetak melalui terminal OnePay adalah merupakan tiket yang sah bagi perjalanan dengan tren KTM Antarabandar.

Pembelian tiket melalui sistem KTMB@OnePay ini boleh dilakukan di Kedai Mesra Petronas yang terpilih serta mana-mana kaunter OnePay.

Dengan adanya kemudahan ini pengguna kini mempunyai lebih banyak pilihan dalam melaksanakan urusan pembelian tiket selain membeli secara terus di kaunter, menempah dan membeli secara dalam talian di laman sesawang KTMB atau menempah melalui panggilan telefon ke Pusat Panggilan KTMB.

Sistem KTMB@OnePay adalah mudah dan selamat kerana ianya tidak memerlukan pengguna ke Stesen KTMB untuk membeli tiket dan tidak melibatkan transaksi tunai secara terus. Kemudahan ini juga diyakini mampu mengurangkan kesesakan di kaunter tiket terutama apabila jualan tiket pulang berhari raya untuk Aidilfitri 2009 dibuka untuk jualan mulai 18 Julai 2009 bagi perjalanan bermula 15 September hingga 26 September 2009 ke semua sektor meliputi perjalanan ke Utara, Tengah, Timur dan Selatan tanah air.



Jadual tarikh perjalanan dan tarikh jualan tiket sempena Aidilfitri 2009 adalah seperti di bawah:



JADUAL TEMPAHAN TIKET HARI RAYA PUASA 2009

TARIKH PERJALANAN


TARIKH TIKET MULA DIJUAL Sila rujuk KTMB Website


Untuk pembelian bagi tarikh-tarikh di atas, tiket untuk pembelian di kaunter, KTMB@OnePay dan melalui dalam talian di laman sesawang KTMB akan dibuka mulai jam 8.30 pagi. Bagi penempahan melalui panggilan telefon ke Pusat Panggilan KTMB, penempahan akan hanya dibuka mulai jam 10.30 pagi.

Untuk maklumat lanjut berkenaan jualan tiket sempena Aidilfitri, sila hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-2267 1200 atau Pusat Khidmat Pelanggan MobilityOne di talian 03-6286 1888 untuk pertanyaan berkaitan perkhidmatan KTMB@OnePay.

Dikeluarkan oleh: Unit Komunikasi Korporat,
Keretapi Tanah Melayu Berhad

Tarikh: 23 Julai 2009

Masyarakat Malaysia Diseru Bersatu Untuk Mufors 090909 Bagi Meningkatkan Keselamatan Jalan Raya

Jabatan Keselamatan Jalan Raya bersama rakan kongsi kini terus giat melaksanakan kempen keselamatan terhadap para pengguna jalan raya terutamanya menjelang musim perayaan Hari Raya Adil Fitri nanti.





Please download Flash player here.

Diantara langkah intervensi baru yang akan dilaksanakan pada tahun ini ialah pemeriksaan awal Bas Ekpress oleh JPJ di depoh pengusaha mulai 6 September 2009, pemasangan tanda amaran di kawasan kemalangan oleh JKR di Jalan-Jalan Persekutuan dan Negeri dan saranan kepada penunggang dan pembonceng motosikal yang tidak menggunakan mod pengangkutan awam untuk pulang pada waktu siang dan elakkan perjalanan waktu malam.

Dalam pada itu Kempen Bersepadu Keselamatan Jalan Raya sempena musim perayaan Hari Raya Aidil Fitri 2009 pada tahun ini akan merangkumi pelbagai program oleh agensi-agensi kerajaan seperti tindakan penguatkuasaan di bawah

Ops Sikap 20, selama 15 hari bermula 13 hingga 27 September 2009,
Larangan ke atas Kenderaan Barangan menggunakan jalan raya pada 18, 19 September 2009(sebelum Hari Raya) dan 26, 27 September 2009(selepas Hari Raya),

Pemantauan dan kawalan keredaan trafik melalui 19 Menara Kawalan Trafik PDRM, Pemantauan dan pemeriksaan perkhidmatan bas ekspress di depoh dan 35 lokasi terminal bas, Pengurangan had laju maksima sebanyak 10km/j bagi Jalan Persekutuan dan Negeri mulai 13 hingga 27 September 2009, penggalakkan penggunaan sistem pengangkutan awam serta kempen-kempen advokasi keselamatan jalan raya.

Pihak PLUS dalam usaha meningkatkan penglibatan masyarakat umum dalam agenda keselamatan jalan raya nasional dan menarik penyertaan orang ramai bagi menangani isu-isu keselamatan jalan raya telah melaksanakan program Malaysian̢۪s Unite For Road Safety (MUFORS) 090909, yang mana melalui program ini orang ramai boleh menyalurkan ikrar dan pandangan mereka menerusi foto, video atau khidmat pesanan ringkas (SMS) antara 9 pagi hingga 9 malam pada 9 September 2009. Pihak JKJR sedang menyokong usaha ini dengan sokongan rakan kongsi dalam kerajaan, NGO dan sektor swasta termasuk syarikat insuran, pengeluar/pembuat/pengeksport/pengimport tayar, pengedar motosikal, pengedar kereta dan pengusaha perkhidmatan awam untuk menyokong usaha murni ini.

Sumber dari http://www.jkjr.gov.my/

Sistem Pengangkutan Awam Komprehensif dapat meningkatkan produktiviti negara

BUTTERWORTH, 12 Sept (Bernama) - Satu sistem pengangkutan awam yang komprehensif dapat meningkatkan produktiviti negara selaras dengan matlamat untuk mencapai status negara maju.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata kesesakan lalu lintas di bandar-bandar kini semakin serius dan telah menyebabkan seseorang itu banyak membazirkan masa di jalan raya.

"Setiap kali seseorang itu terlibat dalam kesesakan lalulintas, negara kehilangan produktiviti untuk menjana pendapatan negara," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran laluan baru RapidPenang di sini hari Sabtu.


Nor Mohamed berkata produktiviti negara penting untuk memastikan peningkatan pendapatan negara dapat dicapai dan ini dapat dikekalkan sekiranya negara mempunyai satu sistem pengangkutan yang baik, teratur dan menjimatkan masa.

Katanya kini peratusan penggunaan pengangkutan awam adalah 16 peratus di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.


377 lokasi 'panas' di lebuh raya



KUALA LUMPUR 12 Sept. - Jalan Kuala Lipis-Gua Musang dikenal pasti antara 377 lokasi 'panas' di lebuh raya, jalan persekutuan dan jalan negeri di seluruh negara yang dijangka menjadi tumpuan kemalangan, musim perayaan ini.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, sehubungan itu, pihaknya akan meningkatkan kehadiran polis bagi mengawasi laluan tersebut.

Katanya, selain itu, jalan yang turut diberi perhatian ialah Jalan Tangkak-Segamat dan Sibu-Bintulu.

Beliau berkata, lokasi-lokasi tersebut ditentukan berdasarkan daripada kes kemalangan tertinggi berlaku tahun lalu.

''Sebagai langkah persediaan menjelang musim perayaan, bilangan anggota polis ditambah di semua jalan utama terutama di lokasi-lokasi tumpuan berlaku kemalangan di setiap negeri.

''Kita akan mengawal dan memantau di setiap kawasan yang menjadi tumpuan kemalangan ini, " katanya ketika hubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.



Difahamkan selain tiga lokasi utama itu, jalan yang turut mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi tahun lalu ialah Gua Musang-Kuala Krai; Kupang-Gerik; Sungai Petani-Baling; Kuala Lumpur ke Kota Bharu melalui Gua Musang; Gurun, Batu Pahat dan Pontian.

Sumber
Utusan Malaysia - 12 Sept

Transnasional sedia 85 bas tambahan



SERDANG: Konsortium Transnasional Berhad menyediakan 85 bas tambahan mulai Isnin ini bagi menampung keperluan penumpang yang dijangka bertambah menjelang sambutan Aidilfitri nanti.

Pengarah Eksekutifnya, Tengku Hasmadi Tengku Hashim, berkata jumlah itu adalah tambahan 10 peratus daripada 615 bas disediakan syarikat itu terutama bagi penumpang yang ingin balik kampung pada hari Khamis dan Jumaat.

Beliau berkata, tiket bagi perjalanan yang melebihi tempoh masa lima jam seperti ke destinasi di pantai timur untuk kedua-dua hari itu sudah habis dijual.

Tengku Hasmadi berkata, bas tambahan disediakan untuk perjalanan seminggu sebelum dan selepas hari raya.

Tengku Hasmadi berkata, kira-kira 12,000 tiket untuk perjalanan jarak jauh bagi perjalanan pada hari Isnin, Selasa dan Rabu masih ada dan beliau meminta penumpang yang belum mempunyai tiket segera mendapatkannya di kaunter tiket bas yang sah.

“Memandangkan hari raya jatuh pada hari minggu, ramai yang akan balik kampung pada Khamis atau Jumaat, jadi tiket untuk beberapa hari sebelum itu masih ada,” katanya.

Sementara itu, katanya, kira-kira 10,000 tiket bagi perjalanan yang kurang daripada lima jam seperti Melaka dan Ipoh masih belum dijual.

“Penumpang ke destinasi ini selalunya akan membeli tiket pada saat akhir kerana mereka tahu tiket memang ada,” katanya.

Berita dipetik daripada :-
  1. Harian Metro
  2. Berita Harian

Public transport operators must improve quality


Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin wants public transport operators to improve the quality and efficiency of public transport services in line with the fare increase.

He said consumers expect better services from the higher fares.

"They are more likely to accept the fare increase if they can enjoy a better service in return," he said when asked to comment on the objection raised by various parties over the government's decision to increase the fares.

Speaking to reporters after opening the National Cooperative Day 2009 here, Muhyiddin said, the government decided on the increase after taking into consideration various factors including its effect on the consumers and the industry.

He said that the increase should have been implemented a long time ago following requests by transport operators in the wake of rising operating costs.

More news on
http://thestar.com.my/

Wednesday, September 2, 2009

Program Diskaun (Rebat) Pengguna Kerap Lebuhraya

Program Diskaun(Rebat) Pengguna Kerap Lebuhraya adalah program ganjaran diskaun untuk pengguna lebuhraya yang menggunakan kad Touch ‘nGo/SmartTAG dengan jumlah transaksi sebanyak 80 atau lebih dalam sebulan akan diberikan diskaun sebanyak 20% daripada jumlah pembayaran tol. Diskaun ini diberikan secara rebat.

Program ini bertujuan untuk meringankan beban pengguna yang kerap menggunakan jalan bertol untuk berulang-alik ketempat kerja

Ia terbuka kepada semua pengguna lebuhraya untuk kenderaan Kelas 1 (kereta) yang membayar tol menggunakan kad Touch ‘n Go/Smart TAG.


Pemandu kenderaan bukan Kelas 1 (Kelas 2, 3, 4 & 5), Pemandu kendenderaan Kelas 1 yang membayar tol mengunakan tunai dan Kad Fleet and Bix Xs Touch n’ Go TIDAK layak untuk mendapat faedah ini.

85,000 pengguna lebuhraya sedia ada yang menggunakan lebuhraya sekerap 80 kali atau lebih dan menggunakan kad prabayar Touch ‘n Go untuk membayar tol.

Pihak Kerajaan dijangka akan membayar rebat ini setahun.

Pengguna boleh menebus nilai rebat di 136 Kaunter-kaunter Pusat Jualan di Lebuhraya terpilih dan juga Kaunter Jualan Touch ‘n Go Untuk keterangan lanjut sila lawat http://www.llmnet.gov.my/

Senarai Lebuh Raya Malaysia

Senarai Lebuhraya

Jambatan Pulau Pinang (JPP)
Penang Bridge Sdn. Bhd.

Lebuhraya Utara Selatan
Projek Lebuhraya Utara Selatan Berhad

Lebuhraya Shah Alam
Konsortium Expressway Shah Alam Selangor Sdn Bhd (KESAS SDN BHD)

Lebuhraya Seremban - Port Dickson
Plus Expressway Berhad

Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia - Singapura
Linkedua (M) Sdn. Bhd. (LINKEDUA)

Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak
MTD Prime Sdn Bhd

Lebuhraya Butterworth - Kulim (BKE)
Konsortium Lebuhraya Butterworth - Kulim Sdn Bhd (KLBK SDN BHD)

Lebuhraya Cheras - Kajang
Syarikat Grand Saga Sdn. Bhd.

Lebuhraya Kajang SILK
Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang Sdn. Bhd (SILK)

Lebuhraya Damansara - Puchong (LDP)
Lingkaran Transkota Holdings Bhd. (LITRAK)

Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru
Lebuhraya Shapadu Sdn. Bhd.

Lebuhraya Bertingkat Ampang (AKLEH)
Projek Lintasan Kota Sdn Bhd

Lebuhraya Sungai Besi
Besraya (M) Sdn. Bhd.

Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth
Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (Penang) Sdn Bhd

Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik KL - Barat
Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn. Bhd. (SPRINT)

Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
New Pantai Expressway Sdn. Bhd.

Lebuhraya Koridor Guthrie
PROLINTAS Expressway Sdn. Bhd.

Lebuhraya Pantai Timur (LPT) - Fasa 1
MTD Prime Sdn. Bhd.

Lebuhraya Hubungan Timur Barat
Metramac Corporation Sdn Bhd

Lebuhraya Utara Selatan (Terbuka)
Projek Lebuhraya Utara Selatan Bhd. (PLUS)

Terowong SMART
Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn. Bhd.

Lebuhraya KL - Putrajaya (Maju Expressway - MEX)
Maju Expressway (MEX) Sdn. Bhd

Lebuhraya Duta Ulu Kelang (DUKE)
Konsortium Lebuhraya Utara-Timur Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (KESTURI)

Lebuhraya Kajang - Seremban (LEKAS)
Lebuhraya Kajang - Seremban Sdn. Bhd.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...