Perkhidmatan awam Lembah Kelang

Public, transport, Rapid, Monorail, KTMB, Kommuter, Teksi, Taxi, Bus, Local, e-hailing

Cari Blog Ini

Rabu, 21 Februari 2018

Bagaimana ke Putrajaya dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Bagaimana ke Putrajaya dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

1. Tren: 
KLIA Transit (ERL) tren ke Cyberjaya and Putrajaya. 
Bas ulang-alik dari stesen Cyberjaya dan Putrajaya ke seluruh Putrajaya dan Cyberjaya



2. Bas:
KTM Komuter (garisan Seremban) ke Stesen Serdang 
RapidKL bas U42 dari KTM Komuter Serdang ke Putrajaya Sentral.


Pengangkutan Awam Putrajaya Travel & Tours Sdn Bhd (PAPTT), anak syarikat Gets Global Bhd yang mengendalikan perkhidmatan bas Nadiputra.

Perlaksanaan transaksi tambang tanpa tunai yang melibatkan kesemua laluan bas Nadiputra merangkumi kawasan Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil, Serdang, Saujana Putra dan Kuala Lumpur akan berkuatkuasa sepenuhnya pada 15 Januari 2018.

Kesemua laluan bas Nadiputra kendalian PAPTT bagi laluan dalam atau luar Putrajaya akan dikendalikan 100% melalui Kad Putra. Ianya bertujuan mewujudkan transaksi 'cepat dan selamat' bagi pengguna Nadiputra khususnya.

Atau guna aplikasi https://moovitapp.com/?lang=ms
Bus online ticket http://my.busonlineticket.com/


PUTRAJAYA TERMINAL BUS SENTRAL
Terletak di Precinct 7, Putrajaya Sentral berfungsi sebagai hab pengangkutan bagi penduduk tempatan dan pelancong di Putrajaya. Terminal ini ialah hab utama untuk Nadi Putra dan Rapid KL. Beberapa bas Rapid KL menawarkan perkhidmatan ke terminal dan dihubungkan ke Putrajaya dengan KL (E1), Serdang (U42), Cyberjaya (U423) dan Bandar Utama-Puchong-Kelana Jaya (U43).

Transnasional dan Plusliner juga beberapa perkhidmatan bas jarak jauh yang beroperasi dari sini ke bandar-bandar terpilih seperti Kuantan, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Johor Bahru, Melaka, Ipoh, Alor Setar dan Pulau Pinang.

Alamat: Lebuh Perdana Barat, Presint 7, 63000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Tiada ulasan: