Perkhidmatan awam Lembah Kelang

Public, transport, Rapid, Monorail, KTMB, Kommuter, Teksi, Taxi, Bus, Local, e-hailing

Cari Blog Ini

Rabu, 21 Februari 2018

Empat plaza tol melibatkan tiga negeri dimansuhkan

Kutipan di empat plaza tol melibatkan tiga negeri akan dimansuhkan berkuatkuasa 1 Januari 2018.
Pemansuhan tersebut meliputi Plaza Tol Batu Tiga di Shah Alam dan Plaza Tol Sungai Rasau bagi Selangor; Plaza Tol Bukit Kayu Hitam di Kedah dan Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) di Johor.



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman itu pada pembentangan Bajet 2018.Kadar tol yang dikenakan di Plaza Tol Batu Tiga dan Plaza Tol Sungai Rasau masing-masing bernilai RM1.10 dan RM1. – mstar

Kira-kira 270,000 penduduk sekitar Klang dan Shah Alam tidak perlu lagi membayar tol di Lebuhraya Persekutuan, bermula Jan 2018.



Sejak 15 November 1993, pengguna mula membayar RM0.50 untuk laluan Tol Sungai Rasau, dan RM0.60 bagi Tol Batu Tiga dan kini perlu membayar RM1 di Tol Sungai Rasau, serta RM1.10 di laluan Batu Tiga. Berikutan pemansuhan itu juga, operasi serta penyelenggaraan Lebuhraya Persekutuan diletakkan di bawah tanggungjawab Jabatan Kerja Raya dan diwartakan sebagai Jalan Persekutuan.

Pemansuhan itu membantu pengguna jalan raya Kelas 1 yang melalui Sungai Rasau berjimat dari RM92.40 hingga RM126 sebulan, manakala di Batu Tiga, dijangka boleh berjimat sebanyak RM48.40 hingga RM66 sebulan.

Tiada ulasan: