Perkhidmatan awam Lembah Kelang

Public, transport, Rapid, Monorail, KTMB, Kommuter, Teksi, Taxi, Bus, Local, e-hailing

Cari Blog Ini

Rabu, 21 Februari 2018

Perkhidmatan Transit Aliran Massa ( MRT )

Transit Aliran Massa Lembah Klang

Selepas 60 tahun mencapai kemerdekaan, Malaysia melakar kemajuan pesat dengan pelaburan menjadi penggerak kepada pertumbuhan perniagaan yang lebih mampan dan memacu ke arah kemantapan ekonomi negara.



Pada 17 Julai 2017, Malaysia menyaksikan pelancaran bersejarah apabila satu lagi perkhidmatan pengangkutan awam siap dibina dengan pengenalan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) iaitu satu sistem pengangkutan rel yang menghubungkan Stesen Semantan ke Stesen Kajang.



MRT Laluan 1
Pelaksanaan perkhidmatan Transit Aliran Massa Laluan Sungai Buloh-Kajang (MRT SBK) memberi memanfaatkan penduduk setempat selain kebaikan kepada kawasan yang tidak mempunyai jajaran sistem berkenaan. Pembinaan MRT dapat mengurangkan kesesakan jalan raya sekali gus memudahkan dan melancarkan perjalanan selain menjimatkan masa penduduk setempat.

Pelancaran sistem pengangkutan awam moden, Transit Aliran Massa (MRT) Fasa Dua Laluan Sungai Buloh - Kajang (SBK) esok bakal mengubah landskap pengangkutan awam negara secara menyeluruh.



Tambang yang dikenakan bagi laluan MRT SBK ini sangat berpatutan bermula antara RM0.80 hingga RM6.40. Projek MRT Fasa Dua Laluan SBK menelan belanja sebanyak RM23 bi­lion, sejauh 51 kilometer terdiri daripada 19 stesen dan tujuh daripada­nya adalah stesen bawah tanah.

Perkhidmatan ini akan beroperasi mengikut kekerapan setiap 3.5 minit mempunyai empat gerabak dapat memuatkan seramai 1,200 penumpang bagi satu perjalanan dan menganggarkan sebanyak 400,000 penumpang sehari.

MRT Laluan 2
pelaksanaan MRT2 untuk link Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya. Laluan 2 ini akan memberi perkhidmatan kepada kira-kira 2 juta penduduk yang merangkumi koridor yang bermula dari Sungai Buloh melalui daerah pusat perdagangan ke Bandar Malaysia, Kuchai Lama, Serdang dan berakhir di Putrajaya. 



Laluan sepanjang 52.2km ini termasuk bahagian bawah tanah yang meliputi 13.5km antara Jalan Ipoh dan Kuchai Lama serta 38.7km jejambat. MRT Laluan 2 akan mempunyai 37 stesen, di mana 26 stesen bertingkat dan 11 stesen bawah tanah. Stesen-stesen ini termasuk Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, KLCC, Tun Razak Exchange, Kuchai Lama, Seri Kembangan dan Cyberjaya.

Fasa awal laluan antara Sungai Buloh dan Kampung Batu akan mula beroperasi pada bulan Julai 2021 dan laluan selebihnya dari Kampung Batu ke Putrajaya Sentral dijadualkan akan dibuka pada bulan Julai 2022

Link to MRT https://www.mymrt.com.my/

1 ulasan:

Melbourne Taxi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.