Perkhidmatan awam Lembah Kelang

Public, transport, Rapid, Monorail, KTMB, Kommuter, Teksi, Taxi, Bus, Local, e-hailing

Cari Blog Ini

Khamis, 1 Februari 2018

Bas Smart Selangor Free

Untuk mempertingkatkan sistem pengangkutan di Negeri Selangor, pihak Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan perkhidmatan bas secara percuma kepada 3 Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor iaitu 

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 
Majlis Perbandaran Klang (MPK)


Memberikan perkhidmatan pengangkutan secara percuma sekaligus membantu menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam selain dapat meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan, perkhidmatan ini juga dapat membantu mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian yang boleh menyebabkan kesesakan lalulintas dan pencemaran alam sekitar.

Waktu operasi bas ini dari jam 6.00 pagi hingga 9.00 malam dengan kekerapan perjalanan adalah selama 15 minit untuk sampai ke setiap hentian.

Untuk makluman awam, Bas Selangorku akan melalui bangunan kerajaan iaitu Bangunan SUK, Seksyen 5 mengikut waktu tertentu sahaja iaitu bermula pada jam 6.30 pagi hingga 6.30 petang pada hari Isnin hingga Jumaat sahaja (hari bekerja). Manakala pada hari Sabtu dan Ahad pula, perkhidmatan Bas Selangorku tidak melalui laluan ke Bangunan SUK, Seksyen 5.


Laluan MPS2 yang bermula dari Tesco Rawang antara lain melalui ;

Rumah PKNS BT 16, 
Taman Kanching, 
Taman Tun Teja, 
Pangsapuri Beringin, 
Surau Al-Radhiah, 
KTM Rawang, 
Mydin Rawang 
dan Terminal Bas dan Teksi Rawang.


Ia beroperasi dengan empat bas seawal jam 6 pagi sehingga jam 10 malam dan dilengkapi kemudahan Wifi, Kamera Litar Tertutup (CCTV), Passanger Information System (PIS) serta mesra Orang Kelainan Upaya (OKU).

Maklumat perjalanan dan destinasi boleh rujuk web http://ipr.selangor.gov.my/khidmat-bas-selangorku-percuma/

Tiada ulasan: