Perkhidmatan awam Lembah Kelang

Public, transport, Rapid, Monorail, KTMB, Kommuter, Teksi, Taxi, Bus, Local, e-hailing

Cari Blog Ini

Ahad, 13 September 2009

Transnasional sedia 85 bas tambahan



SERDANG: Konsortium Transnasional Berhad menyediakan 85 bas tambahan mulai Isnin ini bagi menampung keperluan penumpang yang dijangka bertambah menjelang sambutan Aidilfitri nanti.

Pengarah Eksekutifnya, Tengku Hasmadi Tengku Hashim, berkata jumlah itu adalah tambahan 10 peratus daripada 615 bas disediakan syarikat itu terutama bagi penumpang yang ingin balik kampung pada hari Khamis dan Jumaat.

Beliau berkata, tiket bagi perjalanan yang melebihi tempoh masa lima jam seperti ke destinasi di pantai timur untuk kedua-dua hari itu sudah habis dijual.

Tengku Hasmadi berkata, bas tambahan disediakan untuk perjalanan seminggu sebelum dan selepas hari raya.

Tengku Hasmadi berkata, kira-kira 12,000 tiket untuk perjalanan jarak jauh bagi perjalanan pada hari Isnin, Selasa dan Rabu masih ada dan beliau meminta penumpang yang belum mempunyai tiket segera mendapatkannya di kaunter tiket bas yang sah.

“Memandangkan hari raya jatuh pada hari minggu, ramai yang akan balik kampung pada Khamis atau Jumaat, jadi tiket untuk beberapa hari sebelum itu masih ada,” katanya.

Sementara itu, katanya, kira-kira 10,000 tiket bagi perjalanan yang kurang daripada lima jam seperti Melaka dan Ipoh masih belum dijual.

“Penumpang ke destinasi ini selalunya akan membeli tiket pada saat akhir kerana mereka tahu tiket memang ada,” katanya.

Berita dipetik daripada :-
  1. Harian Metro
  2. Berita Harian

Tiada ulasan: