Perkhidmatan awam Lembah Kelang

Public, transport, Rapid, Monorail, KTMB, Kommuter, Teksi, Taxi, Bus, Local, e-hailing

Cari Blog Ini

Selasa, 27 Mei 2008

Hentian Puduraya

Puduraya dirasmikan Perdana Menteri Malaysia ketiga, Tun Hussein Onn pada 2 Oktober 1976. Sekarang, sebanyak 90 buah syarikat bas beroperasi di sini di samping perkhidmatan teksi ke Pantai Timur, utara dan selatan tanah air.

Menurut Penolong Pengurus Pengurusan Harta UDA Mall Sdn. Bhd., Ismail Hassan, agensi yang bertanggungjawab menyelia stesen itu, Puduraya dahulunya dipercayai sebuah landasan kereta api.

Ia kemudian dibina di atas tanah seluas 1.2 hektar dan terletak 3.5 meter di bawah jalan besar bagi memusatkan semua bas yang beroperasi di Kuala Lumpur di bawah satu bumbung.


Keluasan Puduraya meliputi 52,583 meter persegi dan kekal dengan 24 platform bas. Ia juga dibuka dari pukul 7 pagi hingga 12 malam.

"Kerana kesibukan itu, Stesen Bas Jalan Duta dibina bagi perjalanan ke utara dan Stesen Putra untuk ke Pantai Timur selain Puduraya sendiri yang dikhususkan untuk ke selatan.



View Larger Map

Tiada ulasan: