Perkhidmatan awam Lembah Kelang

Public, transport, Rapid, Monorail, KTMB, Kommuter, Teksi, Taxi, Bus, Local, e-hailing

Cari Blog Ini

Isnin, 9 Jun 2008

Subsidi RapidKL ditarik balik

UTUSAN ONLINE 29/05/2008

KUALA LUMPUR 28 Mei - Kerajaan menarik balik subsidi yang diberikan kepada RapidKL berkuatkuasa serta merta, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pengangkutan Awam ekoran RapidKL menggunakan subsidi untuk tujuan perang harga dengan syarikat lain.

Tegasnya, tindakan itu diambil meman dangkan rungutan pengusaha pengangkutan awam yang bukan sahaja terjejas teruk malahan ada yang mungkin muflis berikutan perang harga dengan RapidKL.

Najib memberitahu, akan terdapat perubahan dalam tambang RapidKL apabila subsidi itu ditarik balik tetapi ia adalah kecil....


Tambang ialah punca kemerosotan kualiti perkhidmatan bas dalam bandar dan bas antara bandar di negara ini. Pihak pengusaha bas mengharapkan tambang yang tinggi, sebaliknya penumpang hanya sedia membayar tambang yang rendah kerana mereka ialah golongan kurang mampu, malah kalau boleh mereka ingin tambang kekal rendah buat selama-lamanya

Tiada ulasan: