Perkhidmatan awam Lembah Kelang

Public, transport, Rapid, Monorail, KTMB, Kommuter, Teksi, Taxi, Bus, Local, e-hailing

Cari Blog Ini

Isnin, 9 Jun 2008

Tiket Rapid KL Kini Boleh Didapati Di Pejabat-pejabat Pos Malaysia

Kad Perjalanan Bulanan perkhidmatan Rapid KL kini boleh di dapati di 98 pejabat pos di sekitar Lembah Klang mulai Isnin, 27 Mac.

Pengarah Urusan PMB Datuk Ikmal Hijaz Hashim berkata sebanyak 57 pejabat pos di Kuala Lumpur dan 41 di Selangor akan menyediakan kemudahan tersebut dalam usaha menjadikan PMB sebagai pusat perniagaan setempat yang utama di negara ini melalui pejabat-pejabat posnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid KL Rein Westra pula berkata kad perjalanan bulanan itu yang berharga RM125 satu, boleh juga digunakan untuk LRT, monorel dan komuter tanpa had selama sebulan.

Bagi pengguna yang hanya menggunakan perkhidmatan bas atau tren sahaja, kad bulanan itu dijual pada harga RM80 (bas) dan RM90 (tren), katanya.

-- BERNAMA

Tiada ulasan: