Rapid,Monorail,KTMB,Kommuter,Teksi,Taxi,Bus, Local

Pengangkutan Awam Tidak Mesra Pengguna

Pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan kawasan sekitar Lembah Klang merangkumi pelbagai jenis pengangkutan seperti rel dan teksi. kerajaan Malaysia telah berbelanja berjuta-juta ringgit untuk meningkatkan mutu dan kesediaadaan pengangkutan awam di Lembah Klang, termasuk membina aliran LRT baru.

Kini, cuma 16 peratus populasi menggunakan pengangkutan awam. Antara punca kadar penggunaan yang rendah ialah para komuter mendapati mutu perkhidmatan rendah.

Perjalanan antara bandar bagi perjalanan antarabandar, hab transit utama di Kuala Lumpur ialah:

  • Puduraya — terminal bas antarabandar utama yang terletak di pusat bandar raya. Terminal bas baru, Plaza Rakyat dirancangkan untuk menggantikan Puduraya yang berdekatan dan pembinaannya sedang dijalankan. Terdapat stesen LRT berdekatan yang dihubungkan dengan Plaza Rakyat.

  • Terminal Bas Putra — menyediakan khidmat untuk bas yang menuju ke destinasi Pantai Timur. Hubungan rel berdekatan terletak di PWTC LRT dan Putra Komuter.

  • KL Sentral — stesen kereta api utama Kuala Lumpur.

  • Terminal Bas Duta — untuk bas Transnasional dan Airport Coach (perkhidmatan bas ke KLIA)

Pengangkutan Awam Tidak Mesra Pengguna

Sistem pengangkutan awam di negara ini masih di tahap sederhana dan tidak mesra pengguna kerana perkhidmatannya tidak menyeluruh serta jarak di antara satu stesen dengan stesen lain terlalu jauh.Pensyarah Pusat Pengajian Pengangkutan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof. Madya Sabariah Jemali berkata, perkhidmatan pengangkutan awam terutamanya bas dan sistem transit aliran ringan masih tidak efisien untuk menarik penumpang sedia ada dan penumpang baru.

Masalah tersebut berlaku katanya, berpunca daripada sistem yang tidak komprehensif dan bersepadu antara satu sama lain iaitu titik sambungan antara satu perkhidmatan dengan perkhidmatan lain yang terlalu jauh.Para pengguna juga sukar mendapat maklumat mengenai perjalanannya melainkan bertanya dengan orang lain. Beliau menyarankan supaya para pengguna diberi maklumat ringkas, jelas dan tepat mengenai destinasi seterusnya melalui paparan jadual waktu perjalanan setiap perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan.

PENDAPAT PENGGUNA
Seorang pengguna LRT telah menyuarakan pendapatnya mengenai LRT di dalam keluaran Utusan Malaysia bertarikh 29 November 2000 mengatakan bahawa pihak yang bertanggungjawab seharusnya mengutamakan kepentingan dan keselesaan pengguna sebagai teras dalam membuat keputusan dan bukannya memihak kepada syarikat pengangkutan awam yang hanya memikirkan keuntungan mereka sendiri sahaja.

Ada juga pengguna yang mengeluh kerana stesen LRT yang berbeza mempunyai ketinggian yang berbeza terutama di antara stesen LRT-PUTRA dan stesen LRT-STAR. Ada juga stesen LRT yang tidak mempunyai lif manakala ada stesen yang dibina dengan terlalu banyak anak tangga yang perlu didaki oleh pengguna seperti di Stesen Masjed Jamek.

Jadual 4.11 : Pandangan Pelancong Terhadap Perkhidmatan Pengangkutan Awam

Jenis Pengangkutan Awam

Bas

Taxi

Beca

Sangat Baik

1.7%

3.3%

3.3%

Baik

13.3%

18.3%

11.7%

Sederhana

36.7%

33.3%

35.0%

Buruk

31.7%

35.0%

20.0%

Sangat Buruk

3.3%

6.7%

3.3%

Tidak Berkaitan

13.3%

3.3%

26.7%

Jumlah

100%

100%

100%

Sumber : Kajian Lapangan Studio Perancangan 500,November 1999

Daripada kaji soal selidik yang dijalankan juga,didapati bahawa taxi merupakan jenis pengangkutan awam yang paling banyak digunakan oleh pelancong asing memandangkan hanya 3.3% pelancong yang disoal selidik tidak menggunakan taxi. Mereka yang tidak pernah menggunakan bas dan beca masing-masing ialah 13.3% dan 26.7%. Tetapi keadaan bahawa perkhidmatan yang paling teruk adalah taxi juga.
Share:

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Total Pageviews

Labels

Kuala Lumpur (16) bengkel (11) bumiputera (11) malaysia (11) melayu (11) workshop (11) Selangor (10) Johor (9) putrajaya (6) rapid (5) KL Sentral (4) bus (4) public transport (4) KTM transport (3) KTMB (3) cyberjaya (3) hari raya (3) highway (3) pengangkutan (3) perkhidmatan awam (3) public (3) transport (3) Kedah (2) TOUCHNGO (2) bas (2) bas mini (2) goverment (2) ipoh (2) klang (2) online (2) perhidmatan (2) plus (2) puduraya (2) rebet (2) tambang (2) teksi (2) train (2) 1975 (1) 2005 (1) AES (1) Airline firefly (1) Asia Jaya (1) ETS (1) Gombak terminal (1) KLIA (1) KTM Kommuter (1) Kelana Jaya (1) Kempen (1) Kota Damansara (1) LATAR (1) LCCT (1) LRT (1) Light transit (1) MAS (1) MRT (1) Melaka (1) N9 (1) NEGERI SEMBILAN (1) NKVE (1) PASS (1) Pasar Seni (1) Perak (1) Perlis (1) Pulau pinang (1) Putrajaya International Islamic Arts and Culture Festival 2013 (1) RapidKL (1) Raya 2009 (1) SEPADU (1) SEUA (1) SS2 (1) SS21 (1) Sek 8 (1) airline mas (1) bahaya (1) bandar (1) bas lambat (1) bas wanita (1) bayar (1) bomba kl (1) bukit sentosa (1) bus mini (1) bus raya (1) bus route (1) bus stand (1) cctv (1) change (1) comment (1) email.transport (1) express (1) fares (1) fares table (1) fire rescue (1) gaji (1) gov (1) hari raya 2008 (1) hentian bas (1) hentian teksi (1) intergrated (1) intra kota (1) jams (1) jem (1) jimat minyak (1) journey (1) kamera (1) kelang (1) kelantan (1) keselamatan (1) lebuhraya (1) lokasi (1) maklumat (1) masa (1) mat rempit (1) metro (1) minyak (1) mutu (1) nadiputra (1) negara (1) nter-city express train service (ETS) (1) on road breakdown (1) online trafik (1) pahang (1) penang (1) pengakuan (1) plane (1) produktiviti (1) projek monorel (1) roadblocks (1) roadtax (1) sabah (1) saman (1) sara hidup (1) sarawak (1) sek 7 (1) sesak (1) shah alam (1) sisyem (1) skve (1) star (1) start (1) subang jaya (1) subsidi (1) tasik selatan (1) terengganu (1) teruk tunggu lama (1) tidak cekap (1) tiket (1) tiket bas (1) tingkat (1) trafik (1) transit (1) transnasional (1) tunggu lama (1)