Perkhidmatan awam Lembah Kelang

Public, transport, Rapid, Monorail, KTMB, Kommuter, Teksi, Taxi, Bus, Local, e-hailing

Cari Blog Ini

Jumaat, 4 Mac 2011

Hentian Bas Tasik Selatan



KUALA LUMPUR 12 April 2009 - Masalah kesesakan bas ekspres di Hentian Puduraya di sini dijangka diatasi apabila Projek Terminal Pengangkutan Bersepadu di Bandar Tasik Selatan dan juga projek seumpamanya di Gombak siap hujung tahun depan 2010.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, kedua-dua projek kerajaan itu mampu menampung peningkatan perkhidmatan bas ekspres ketika ini.

Ini kerana, katanya, projek di Bandar Tasik Selatan itu dikhaskan kepada perjalanan bas ke negeri-negeri selatan manakala di Gombak membabitkan perjalanan ke utara.

''Kita percaya pelaksanaan kedua-dua projek itu akan mengurangkan kesesakan di Hentian Puduraya yang sekarang masih jadi tumpuan utama sedangkan ruangnya sempit dan terhad.

''Selagi kedua-dua projek terminal berkenaan belum siap, penumpang perlu faham masalah yang sedang dihadapi di Hentian Puduraya,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas aduan penumpang bas ekspres melalui ruangan Forum Utusan Malaysia baru-baru ini yang mendakwa ada pemandu pengangkutan awam itu yang memberhentikan bas hampir satu kilometer dari bangunan Hentian Puduraya.

Tindakan itu didakwa menyebabkan penumpang terpaksa berjalan jauh ke hentian berkenaan walaupun dalam cuaca panas atau hujan.

Mohamad Ashfar menjelaskan, sebelum ini PMBOA sendiri sering menerima aduan daripada penumpang bas ekspres berhubung masalah sama.












''Kami sudah kemukakan masalah itu kepada pengurusan Hentian Puduraya namun tiada tindakan yang boleh diambil kerana ruang di situ memang kecil.

''Hanya satu lorong masuk dan satu lorong keluar yang disediakan di bangunan itu kerana keluasannya yang terhad,'' katanya.

Jelas beliau, keadaan itu menjadi punca bas-bas ekspres yang tiba di Hentian Puduraya perlu menunggu giliran sehingga satu hingga dua jam untuk masuk ke dalam bangunan.

''Sebab itu para penumpang diberi pilihan untuk berjalan kaki jika tidak mahu tunggu berjam-jam atau duduk di dalam bas sehingga bas masuk ke bangunan itu,'' katanya.

Tiada ulasan: