Perkhidmatan awam Lembah Kelang

Public, transport, Rapid, Monorail, KTMB, Kommuter, Teksi, Taxi, Bus, Local, e-hailing

Cari Blog Ini

Khamis, 31 Julai 2008

Bayar Saman Trafik Guna Kad Kredit.

Wednesday, 25 July 2007

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) --

Pesalah trafik kini boleh menjelaskan bayaran saman mereka menggunakan kad kredit sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan lebih 10 juta saman yang masih tertunggak setakat ini. Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Nooryah Md Anvar berkata tunggakan itu berlaku kerana sebahagian besar pesalah trafik yang dikenakan saman menangguhkan pembayaran selain daripada pengguna dari negara jiran masih gagal menjelaskan saman mereka.

"Jumlah saman itu termasuk membabitkan pengguna jalan raya dari negara jiran, terutama Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan tugasnya sebelum ini sebagai Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman kepada Ketua Trafik Bandaraya SAC II Hamza Taib di sini.

Beliau berkata dengan kemudahan itu, pesalah trafik tidak perlu lagi menangguh atau mengelakkan pembayaran saman kerana ia boleh dijelaskan menggunakan kad kredit di semua kaunter bayaran kompaun trafik setiap ibu pejabat polis daerah, Jabatan Pengangkutan Jalan dan di pusat membeli belah seluruh negara.

Nooryah berkata kerja pemasangan mesin untuk kegunaan kad kredit di kaunter-kaunter berkenaan sedang dijalankan dan dijangka dapat digunakan sepenuhnya sebelum Ogos ini.

-- BERNAMA

Tiada ulasan: