Perkhidmatan awam Lembah Kelang

Public, transport, Rapid, Monorail, KTMB, Kommuter, Teksi, Taxi, Bus, Local, e-hailing

Cari Blog Ini

Isnin, 29 September 2008

Ops Sikap ke-17 bermula di seluruh negara

SHAH ALAM 23 Sept. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini melancarkan Ops Sikap ke-17 secara serentak di seluruh negara dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan dan membendung kemalangan maut ketika sambutan perayaan Aidilfitri.

Operasi selama dua minggu yang bertemakan Pandu Berhemat, Semua Selamat akan bermula esok sehingga 8 Oktober ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, Ops Sikap kali ini akan memberi penekanan secara 'penguatkuasaan kreatif' dengan menggunakan lima pendekatan yang dikenal pasti dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan.

Beliau berkata, tiga daripada pendekatan yang dimaksudkan ialah mengambil tindakan saman dan nasihat, memberi maklumat mengenai waktu puncak serta waktu selesa untuk pemanduan kepada orang ramai dan mempertingkatkan penguatkuasaan di sektor Ops Sikap yang ditetapkan.

Menurut beliau, dua lagi pendekatan ialah memfokuskan kawasan serta mengambil tindakan sewajarnya untuk mengurangkan kemalangan dan memaparkan papan tanda yang jelas.

"Strategi dan penguatkuasaan sepanjang Ops Sikap ini adalah berterusan dan dilakukan secara 'terang-terangan dan berselindung'.

"Bagaimanapun PDRM masih mengekalkan strategi yang diguna pakai sebelum ini iaitu melalui pemantauan bas secara penyamaran, membuat rondaan menyeluruh di kawasan paling kerap berlaku kemalangan dan pemantauan melalui 19 menara pemerhati polis serta di jalan-jalan Persekutuan dan juga lebuh raya," kata beliau.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) PDRM, Datuk Abdul Rahman Hussin.

Hadir sama Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar; Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner II Abdul Aziz Yusof; bekas Ketua Trafik Pasukan, Datuk Hamza Taib; Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md. Noor dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Telekom Malaysia (TM), Datuk Adnan Rofiee.

Tambah Ismail, berdasarkan kajian terhadap pelaksanaan Ops Sikap sebelum ini, terdapat perkembangan yang positif apabila statistik kemalangan maut pada 2007 yang mencatatkan 203 kes menunjukkan penurunan sebanyak 10 kes berbanding tahun 2006 dengan 213 kes.

Berita penuh sila lawat http://www.panducermat.org.my

Tiada ulasan: