Rapid,Monorail,KTMB,Kommuter,Teksi,Taxi,Bus, Local

Sistem Pengangkutan Awam Negara - Apa dah Jadi

Pengumuman terbaharu kerajaan untuk memperbaiki pengangkutan awam di Lembah Klang disambut gembira dan penuh harapan oleh mereka kerana semakin ramai pengguna bergantung kepadanya sejak akhir-akhir ini.

"Semakin banyak orang akan menggunakan kenderaan awam kerana kos perjalanan meningkat. Pembangunan sistem pengangkutan awam tidak dapat ditangguhkan lagi, jika tidak keyakinan masyarakat terhadapnya akan terjejas " kata pakar ekonomi Prof Dr Mansor Jusoh kepada Bernama di sini.

Usaha memperbaiki pengangkutan awam di Lembah Klang secara lebih konkrit mula terlihat pada 2004, apabila RapidKL, operator yang mengintergrasikan perkhidmatan bas dan tren yang dimiliki kerajaan, memulakan operasinya di ibukota ini.


RapidKL kini mencatat empat juta penumpang setiap minggu, menggunakan perkhidmatan 908 bas syarikat itu yang beroperasi di 161 laluan dan dua perkhidmatan LRT (Kelana Jaya Rail Line dan Ampang Rail Line) di 48 stesen LRT.

Selain RapidKL, sebahagian besar warga kota terutama yang menetap atau bekerja di sekitar Lembah Klang seperti di Seremban dan Rawang bergantung kepada perkhidmatan komuter.

Statistik KTM Komuter menunjukkan seramai 38.75 juta penumpang menggunakan komuter pada tahun lepas iaitu 10.8 peratus peningkatan penumpang berbanding 34.97 juta penumpang pada 2006.

Bagi Penasihat FOMCA, Datuk Hamdan Adnan perkhidmatan Komuter perlu satu langkah drastik untuk diperbaiki kerana bilangan koc dan kekerapan tren tidak dapat menampung peningkatan mendadak penumpang.

"Mungkin kerajaan perlu memberi pinjaman khas untuk KTM membeli tren dan koc baru. Ia kini sudah terlalu sesak dengan penumpang," katanya.

Pengarah Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS) Prof Madya Sabariah Mohamad berkata kerajaan perlu melihat isu pengangkutan awam secara menyeluruh kerana ia bukan isu tunggal.

Mengakui bahawa usaha menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam sebagai langkah positif, beliau berkata kerajaan perlu menggubal dasar pengangkutan awam yang jelas sebelum ia diterjemahkan kepada plan induk pengangkutan awam negara.

"Kerajaan perlu jelas mengenai objektif utama pengangkutan awam itu. Adakah ia mesra alam atau bagaimana," katanya kepada Bernama di Shah Alam, baru-baru ini.

Daripada dasar yang jelas, katanya, pihak terbabit seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pemaju perumahan, operator pengangkutan awam dan agensi terbabit akan dapat merancang sistem pengangkutan awam yang lebih cekap.

"Di Britain, sejak tahun 1970-an, pemaju perlu memastikan kawasan perumahan yang akan dimajukan mempunyai akses kepada pengangkutan awam," katanya memberi sambil contoh bagaimana pra-syarat pondok bas mesti dibina 300 meter dari sesuatu kawasan perumahan.

Sabariah berkata kebanyakan pendekatan sedia ada di negara ini lebih bersifat jangka pendek dan tidak menyeluruh, sekaligus tidak akan menyelesaikan masalah selagi dasar pengangkutan awam negara tidak diwujudkan.
Share:

1 comment:

ibnu marzuki al firdaus said...

laman web rasmi SPAD pun tiada

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Total Pageviews

Labels

Kuala Lumpur (16) bengkel (11) bumiputera (11) malaysia (11) melayu (11) workshop (11) Selangor (10) Johor (9) putrajaya (6) rapid (5) KL Sentral (4) bus (4) public transport (4) KTM transport (3) KTMB (3) cyberjaya (3) hari raya (3) highway (3) pengangkutan (3) perkhidmatan awam (3) public (3) transport (3) Kedah (2) TOUCHNGO (2) bas (2) bas mini (2) goverment (2) ipoh (2) klang (2) online (2) perhidmatan (2) plus (2) puduraya (2) rebet (2) tambang (2) teksi (2) train (2) 1975 (1) 2005 (1) AES (1) Airline firefly (1) Asia Jaya (1) ETS (1) Gombak terminal (1) KLIA (1) KTM Kommuter (1) Kelana Jaya (1) Kempen (1) Kota Damansara (1) LATAR (1) LCCT (1) LRT (1) Light transit (1) MAS (1) MRT (1) Melaka (1) N9 (1) NEGERI SEMBILAN (1) NKVE (1) PASS (1) Pasar Seni (1) Perak (1) Perlis (1) Pulau pinang (1) Putrajaya International Islamic Arts and Culture Festival 2013 (1) RapidKL (1) Raya 2009 (1) SEPADU (1) SEUA (1) SS2 (1) SS21 (1) Sek 8 (1) airline mas (1) bahaya (1) bandar (1) bas lambat (1) bas wanita (1) bayar (1) bomba kl (1) bukit sentosa (1) bus mini (1) bus raya (1) bus route (1) bus stand (1) cctv (1) change (1) comment (1) email.transport (1) express (1) fares (1) fares table (1) fire rescue (1) gaji (1) gov (1) hari raya 2008 (1) hentian bas (1) hentian teksi (1) intergrated (1) intra kota (1) jams (1) jem (1) jimat minyak (1) journey (1) kamera (1) kelang (1) kelantan (1) keselamatan (1) lebuhraya (1) lokasi (1) maklumat (1) masa (1) mat rempit (1) metro (1) minyak (1) mutu (1) nadiputra (1) negara (1) nter-city express train service (ETS) (1) on road breakdown (1) online trafik (1) pahang (1) penang (1) pengakuan (1) plane (1) produktiviti (1) projek monorel (1) roadblocks (1) roadtax (1) sabah (1) saman (1) sara hidup (1) sarawak (1) sek 7 (1) sesak (1) shah alam (1) sisyem (1) skve (1) star (1) start (1) subang jaya (1) subsidi (1) tasik selatan (1) terengganu (1) teruk tunggu lama (1) tidak cekap (1) tiket (1) tiket bas (1) tingkat (1) trafik (1) transit (1) transnasional (1) tunggu lama (1)