Perkhidmatan awam Lembah Kelang

Public, transport, Rapid, Monorail, KTMB, Kommuter, Teksi, Taxi, Bus, Local, e-hailing

Cari Blog Ini

Khamis, 31 Julai 2008

Rangkaian Perkhidmatan Bus

7/31/2008 09:01:00 PTG 0
Rangkaian Perkhidmatan Bus RapidKL
Peta Kawasan Lembah Kelang

Paparan di sebelah ini menggambarkan rangkaian bas RapidKL yang dibahagikan kepada 6 kawasan utama :

• Kawasan 1 : Bandaraya Kuala Lumpur
Kawasan 2 : Kepong, Selayang, Batu
.. Caves , Gombak, Sentul

Kawasan 3 : Wangsa Maju, Hulu
.. Klang, Keramat, Ampang, Pandan

Kawasan 4 : Cheras, Hulu Langat,
.. Kajang,
Putrajaya, Serdang
Kawasan 5 : Klang, Shah Alam
.. Selatan, Subang Jaya, Jln Kelang
...Lama,
Puchong
Kawasan 6 : Shah Alam Utara,
.. Subang,.
Damansara, PJ Utara,
.. Bangsar

Asas perkhidmatan RapidKL merangkumi kawasan tersebut. Untuk kawasan 2 hingga 6, RapidKL menyediakan Bas Tempatan dan Bas Utama. Untuk kawasan 1, RapidKL menyediakan Bas Bandar yang mengelilingi pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Keterangan lanjut lawat RapidKL

Senarai Perkhidmatan Online Untuk Pemandu Kenderaan

7/31/2008 08:57:00 PTG 0

Bayar Saman Trafik Guna Kad Kredit.

7/31/2008 08:55:00 PTG 0
Wednesday, 25 July 2007

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) --

Pesalah trafik kini boleh menjelaskan bayaran saman mereka menggunakan kad kredit sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan lebih 10 juta saman yang masih tertunggak setakat ini. Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Nooryah Md Anvar berkata tunggakan itu berlaku kerana sebahagian besar pesalah trafik yang dikenakan saman menangguhkan pembayaran selain daripada pengguna dari negara jiran masih gagal menjelaskan saman mereka.

"Jumlah saman itu termasuk membabitkan pengguna jalan raya dari negara jiran, terutama Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan tugasnya sebelum ini sebagai Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman kepada Ketua Trafik Bandaraya SAC II Hamza Taib di sini.

Beliau berkata dengan kemudahan itu, pesalah trafik tidak perlu lagi menangguh atau mengelakkan pembayaran saman kerana ia boleh dijelaskan menggunakan kad kredit di semua kaunter bayaran kompaun trafik setiap ibu pejabat polis daerah, Jabatan Pengangkutan Jalan dan di pusat membeli belah seluruh negara.

Nooryah berkata kerja pemasangan mesin untuk kegunaan kad kredit di kaunter-kaunter berkenaan sedang dijalankan dan dijangka dapat digunakan sepenuhnya sebelum Ogos ini.

-- BERNAMA

Isnin, 28 Julai 2008

Pengakuan Mat Rempit

7/28/2008 03:12:00 PTG 0

Info Dipetik : Mohd Nur Asnawi Daud Harian Metro 12 Mei 2008

KUALA LUMPUR: “Selepas meneguk ‘air setan’, saya jadi berani dan seronok melakukan aksi bahaya,” kata seorang Mat Rempit yang diberkas polis dalam operasi membanteras lumba haram di sekitar ibu kota, awal pagi semalam.

Mat Rempit dikenali sebagai Amir berkata, beberapa jam sebelum melakukan aksi ‘pacak’ di sekitar Taman Tasik Titiwangsa di sini, dia meneguk satu tin minuman keras yang dibeli di sebuah kedai dengan harga RM6.

“Kalau dalam keadaan normal, saya tidak berani melakukan aksi bahaya kerana sedar ia perbuatan yang boleh meragut nyawa saya dan pengguna jalan raya lain.

“Namun, kerana berada di bawah pengaruh alkohol, saya bertindak di luar batasan dan lupa diri,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Lelaki itu yang juga bekas pelajar sebuah pusat pengajian di Perlis berkata, dia seronok melakukan perbuatan itu dan sering keluar bersama rakan.

“Ketika melakukannya saya memang seronok, namun bila kena tangkap dengan polis, rasa menyesal pun ada tapi sudah tidak berguna lagi.

“Kedua-dua ibu bapa juga tidak mengetahui saya terbabit dalam lumba haram dan minum arak,” katanya.

Amir berkata, selepas ditahan polis dan bakal dikenakan tindakan, aksi bahaya malam tadi mungkin yang terakhir buatnya.

Katanya, aktiviti seumpama itu tidak berfaedah dan membahayakan nyawa sendiri serta pengguna jalan raya.

Amir antara 10 penunggang dan pembonceng motosikal yang ditahan Skuad 42 Polis Trafik Kuala Lumpur, awal pagi semalam.

Ketua Skuad 42 Polis Trafik Kuala Lumpur, Cif Inspektor Muhammad Farid Muntalib, berkata dalam operasi bermula jam 12 tengah malam itu, polis memberkas tujuh penunggang dan dua pembonceng motosikal kerana memandu secara berbahaya di sekitar ibu kota.

Rabu, 16 Julai 2008

Syed Hamid apologises for rush hour jams caused by roadblocks

7/16/2008 07:01:00 PTG 0


Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar has apologised to city folk caught in the morning rush-hour gridlock today due to roadblocks on all roads leading to Parliament. he said the police had to take such preventive measure to maintain security.

"I know and I'm sorry that it (the roadblocks) had created a lot of inconvenience to the public, but it was taken in the interest of public safety and security," he said at the Parliament's lobby moments ago.

Thousands of city folk were caught in the morning rush-hour jam due to information received by the police about “security threat” from an illegal demonstration allegedly planned by Pakatan Rakyat supporters.

As a result, 12 roadblocks were set up by the police around the Klang Valley since 2pm on Saturday.

Syed Hamid also said the decision was made based on the numerous statements that had been made by various quarters calling people to demonstrate at Parliament. He said the government had evidence that Pakatan Rakyat intended to interfere with public's interest.

"After the police issued the order (banning PKR defacto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim and his supporters from Parliament), I know Pakatan Rakyat had issued instructions to pull out. We have lots of evidence to show that whatever they do, they (demonstrations) do interfere with public interest," he said.

In defending the police's action in mounting the roadblocks city-wide, Syed Hamid said police had the responsibility to maintain law and order, and to ensure the safety of those attending parliament are protected, as well as security were not jeopardised.

"We are taking strict, preventive measures to ensure safety and security. We can't wait for things to happen. This is for your own good and safety," he said, adding that the people were fed-up with constant threats of rallies and demonstrations.