Perkhidmatan awam Lembah Kelang

Public, transport, Rapid, Monorail, KTMB, Kommuter, Teksi, Taxi, Bus, Local, e-hailing

Cari Blog Ini

Ahad, 13 September 2009

Membeli Tiket Untuk Pulang Berhari Raya Kini Lebih Mudah Dan Selamat Dengan KTMB@OnePay


Sebagai langkah memudahkan para pengguna yang memilih menggunakan perkhidmatan tren KTM Antarabandar untuk pulang ke kampung halaman terutama sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut pada bulan September kelak, KTM Berhad mengambil inisiatif memperkenalkan sistem pembelian tiket secara elektronik melalui KTMB@OnePay.

Melalui sitstem ini, semua pembelian tiket adalah menggunakan kad ATM dan resit yang dicetak melalui terminal OnePay adalah merupakan tiket yang sah bagi perjalanan dengan tren KTM Antarabandar.

Pembelian tiket melalui sistem KTMB@OnePay ini boleh dilakukan di Kedai Mesra Petronas yang terpilih serta mana-mana kaunter OnePay.

Dengan adanya kemudahan ini pengguna kini mempunyai lebih banyak pilihan dalam melaksanakan urusan pembelian tiket selain membeli secara terus di kaunter, menempah dan membeli secara dalam talian di laman sesawang KTMB atau menempah melalui panggilan telefon ke Pusat Panggilan KTMB.

Sistem KTMB@OnePay adalah mudah dan selamat kerana ianya tidak memerlukan pengguna ke Stesen KTMB untuk membeli tiket dan tidak melibatkan transaksi tunai secara terus. Kemudahan ini juga diyakini mampu mengurangkan kesesakan di kaunter tiket terutama apabila jualan tiket pulang berhari raya untuk Aidilfitri 2009 dibuka untuk jualan mulai 18 Julai 2009 bagi perjalanan bermula 15 September hingga 26 September 2009 ke semua sektor meliputi perjalanan ke Utara, Tengah, Timur dan Selatan tanah air.



Jadual tarikh perjalanan dan tarikh jualan tiket sempena Aidilfitri 2009 adalah seperti di bawah:



JADUAL TEMPAHAN TIKET HARI RAYA PUASA 2009

TARIKH PERJALANAN


TARIKH TIKET MULA DIJUAL Sila rujuk KTMB Website


Untuk pembelian bagi tarikh-tarikh di atas, tiket untuk pembelian di kaunter, KTMB@OnePay dan melalui dalam talian di laman sesawang KTMB akan dibuka mulai jam 8.30 pagi. Bagi penempahan melalui panggilan telefon ke Pusat Panggilan KTMB, penempahan akan hanya dibuka mulai jam 10.30 pagi.

Untuk maklumat lanjut berkenaan jualan tiket sempena Aidilfitri, sila hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-2267 1200 atau Pusat Khidmat Pelanggan MobilityOne di talian 03-6286 1888 untuk pertanyaan berkaitan perkhidmatan KTMB@OnePay.

Dikeluarkan oleh: Unit Komunikasi Korporat,
Keretapi Tanah Melayu Berhad

Tarikh: 23 Julai 2009

2 ulasan:

ibnu marzuki al firdaus berkata...

KINI SEMUA ONLINE TERMASUK BAS + FERI (SESETENGAHNYA)

ibnu marzuki al firdaus berkata...

http://www.ktmb.com.my/Story.aspx?Id=2592 SIAP SMS LAGI TAPI BELUM PERNAH TRY